BENARKAH DAP tidak menyokong. Kumpulan penyelidikan pilihan raya dari PKR, Invoke Malaysia yang ketuai, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli?

Ini kerana, DAP tidak hadir program tandatangan aku janji penawaran dana pilihan raya yang digerakkan oleh Invoke baru-baru ini.

Bukan sahaja DAP, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) juga tidak hadir pada program berkenaan.

Kenapa DAP berbuat demikian?

Difahamkan, ketidakhadiran DAP semasa program tandatangan aku janji penawaran dana pilihan raya yang digerakkan oleh Invoke adalah kerana Ahli Parlimennya dilarang dari menyertai program kelolaan Rafizi itu.

Persoalannya, kenapa DAP menghalang ahlinya menyertai program berkenaan?

Arahan larangan program yang mewajibkan setiap calon mengisytiharkan harta setiap tahun tersebut dikeluarkan DAP menerusi sebuah memo yang diedarkan kepada semua wakil rakyatnya menerusi aplikasi Whatsapp.

Memo itu menyebut, mengisytiharkan harta akan mendatangkan kesusahan kepada parti itu terutama ketika pilihanraya semakin tiba.

Apa kesusahan yang akan melanda DAP jika ahlinya mengisytihar harta?

Adakah DAP takut kekayaan dimiliki ahlinya akan terbongkar?

Jika tiada apa yang diselindungkan, DAP sewajarnya membenarkan calon wakil rakyatnya isytihar harta.

Apa sebenarnya yang ditawarkan Invoke?

Invoke menawarkan dana kempen kepada bakal calon yang bertanding menentang Barisan Nasional (BN) dan sekutunya dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang.

Calon-calon tersebut bagaimanapun diwajibkan mengisytiharkan harta setiap tahun serta menandatangani akujanji untuk membawa pembaharuan di Malaysia.

Mereka yang melanggar akujanji boleh didenda sebanyak RM20 juta dan mesti dibayar kepada tabung khusus yang menaja pendidikan anak-anak dan remaja kurang bernasib baik.

Invoke akan menyediakan RM20,000 atau RM10,000 kepada calon Parlimen atau negeri masing-masing, tertakluk kepada keupayaan tabung Invoke sendiri.

Selain dana kempen, Invoke juga antara lain menawarkan khidmat kepada calon seperti analisis data untuk mengukur sokongan dan sentimen pengundi; latihan sukarelawan kempen dan bahan promosi.

Di antara akujanji yang ditandatangani termasuk mengehadkan dua penggal bagi jawatan perdana menteri; membebaskan institusi awam seperti polis, SPRM dan Bank Negara daripada pengaruh eksekutif; menegakkan kebebasan media; dan membangunkan ekonomi yang adil kepada semua.

Kegagalan untuk melaksanakan akujanji berkenaan akan dianggap sebagai pelanggaran kontrak dan surat tunjuk sebab akan dikeluarkan.

Ini boleh menyebabkan denda RM20 juta kepada calon berkenaan yang perlu dibayar kepada tabung pendidikan yang akan ditetapkan oleh Invoke kelak.

Calon juga akan dikenakan denda RM20 juta jika mereka atau parti mereka mengkhianati Pakatan Harapan yang boleh menyebabkan BN mengekalkan kuasa atau menyebabkan Pakatan Harapan kehilangan mana-mana negeri yang dikuasai mereka.

Jika dilihat pada tawaran Invoke itu, ia tentu suatu yang menarik tetapi kenapa tidak kepada DAP?

Adakah DAP tidak menyokong Invoke atau tidak menyokong Rafizi?

Adakah wujud permasalahan antara DAP dan Naib Presiden PKR itu?

PPBM yang diterajui Tun Dr. Mahathir Mohamad juga mengikut langkah DAP.

Umum pasti tahu, Mahathir kini memberi fokus kepada menjaga hubungannya dengan DAP berbanding menjaga partinya sendiri iaitu PPBM.

Mahathir menegaskan bahawa cadangan tersebut merupakan idea Invoke, bukannya Pakatan Harapan.

Menurut Mahathir, Majlis Presiden Pakatan Harapan belum membuat sebarang keputusan untuk mengisytiharkan harta seperti mana dicadangkan oleh Rafizi.

“Dia yang buat pengisytiharan. Kita tidak tahu apa-apa. Kita ada strategi kita sendiri dan akan ikut keputusan akhir yang akan dibuat Majlis Presiden,” kata Mahathir.

Jadi, apakah keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan?

Adakah mereka menunggu keputusan yang sebenarnya terletak di atas tangan DAP?

Mengaku sahajalah wahai Tun M!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here