KUALA LUMPUR, 9 Sept – Saham di Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini susulan sokongan belian berterusan dalam kaunter mewah terpilih.

Pada 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup kepada 1,603.36, naik 16.24 mata, selepas bergerak antara 1,596.67 dan 1,605.79 sepanjang hari dagangan.

Seorang peniaga berkata Bursa Malaysia mendapat sokongan daripada kenaikan indeks pasaran saham Asia susulan berita rangsangan tambahan dari Beijing yang membawa kesan limpahan kepada ekuiti Asia.

“Kementerian Kewangan China berkata negara itu akan mengukuhkan dasar fiskal, meningkatkan perbelanjaan prasarana dan langkah-langkah dalam pembaharuan sistem cukai bagi mengukuhkan ekonomi serta merangsang pertumbuhan,” kata peniaga itu kepada Bernama.

Pada penutupan hari ini, Indeks Komposit Shanghai China meningkat 2.29 peratus kepada 3,243.09, Nikkei 225 Jepun naik 7.71 peratus kepada 18,770.51, dan Hang Seng Hong Kong menokok 2.68 peratus kepada 21,828.19.

Di pasaran tempatan, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 665 berbanding 228 dengan 254 kaunter tidak berubah, 666 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Di papan skor, Indeks FBM Emas meningkat 126.39 mata kepada 11,004.79, Indeks FBMT100 naik 118.69 mata kepada 10,728.9 dan FBM Emas Syariah menokok 114.69 mata kepada 11,498.45.

FBM 70 menambah 167.63 mata kepada 11,781.63 dan FBM Ace meningkat 85.64 mata kepada 5,394.33.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan meningkat 151.09 mata kepada 14,177.71, Indeks Perladangan menokok 51.38 mata kepada 6,833.88 dan Indeks Perusahaan menambah 17.39 mata kepada 3,050.18.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.55 bilion unit bernilai RM2.42 bilion daripada 2.01 bilion unit bernilai RM1.71 bilion pada Selasa.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik empat sen kepada RM8.62, Public Bank meningkat 22 sen kepada RM18.08, Axiata menokok empat sen kepada RM5.91, TNB dan Maxis menambah 10 sen setiap satu masing-masing kepada RM11.12 dan RM6.62.

Dalam kalangan saham rugi, British American Tobacco turun 26 sen kepada RM61.00, Carlsberg jatuh 20 sen kepada RM11.46, Aeon Credit berkurangan 18 sen kepada RM12.32 dan Tecnic Group susut 14 sen kepada RM1.08.

Dalam kalangan kaunter cergas, The Media Shoppe turun dua sen kepada 12.5 sen, AirAsia naik 11.5 sen kepada RM1.11, IFCA MSC meningkat satu sen kepada 82.5 sen, Privasia naik dua sen kepada 26.5 sen dan Frontken menokok setengah sen kepada 17 sen.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 1.3 bilion unit bernilai RM2.11 bilion berbanding 972.20 juta unit bernilai RM1.42 bilion pada Selasa.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE naik kepada 766.14 juta unit bernilai RM189.66 juta daripada 450.39 juta saham bernilai RM124.98 juta sebelumnya.

Waran berkurangan kepada 486.03 juta unit bernilai RM114.01 juta daripada 583.97 juta unit bernilai RM156.36 juta yang dicatatkan semalam.

Barangan pengguna menyumbang 116.77 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan (194.71 juta), pembinaan (61.86 juta), perdagangan dan perkhidmatan (635.93 juta), teknologi (50.22 juta), prasarana (23.73 juta), SPAC (13.7 juta), kewangan (69 juta), hotel (209,700), hartanah (114.98 juta), perladangan (16.53 juta), perlombongan (30,000), REITs (7.51 juta), dan dana tertutup (124,400).

Sumber: BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here