Berdasarkan tindakkan secara satu pihak yang telah diambil oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald J. Trump malam Rabu yang lalu yang telah memberi pengiktirafan terhadap status bandaraya Baitulmaqdis (Jerusalem) sebagai ibu kota Israel, satu usaha bersepadu perlu diambil oleh semua pihak bagi menandakan penentangan mereka terhadap tindakkan yang telah diambil.

Sudah pasti tindakan President Trump mengundang rasa marah dan tidak puas hati ramai pihak khususnya dikalangan umat Islam dari serata dunia termasuk di Malaysia.

Namun rasa luahan perasaan marah serta perasaan rasa tidak puas hati tidak akan membawa isu terbabit ke mana – mana. Ianya perlu disusuli dengan satu tindakkan kekerasan yang boleh digunakan bagi menundukkan negara kuasa besar dunia itu supaya mereka menarik balik tindakkan yang telah diambil mengenai isu berkenaan.

Antara langkah yang dilihat paling efektif yang boleh diambil ialah dengan menjalankan satu kempen boikot besar – besaran peringkat kebangsaan dalam negara kita terhadap beberapa jenis barangan dan perkhidmatan buatan Amerika Syarikat terutamanya barangan dan perkhidmatan yang mempunyai sangkut paut dengan negara Israel.

Bagi menjayakan kempen ini, pihak kerajaan khususnya pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyediakan senarai lengkap barangan serta perkhidmatan buatan Amerika Syarikat terutamanya barangan dan perkhidmatan yang mempunyai kaitan dengan Israel supaya mudah bagi rakyat Malaysia yang bersimpati dengan nasib dan perjuangan rakyat Palestin mengenalpasti dan melakukan proses memboikot.

Tanpa adanya senarai lengkap terbabit, amat sukar untuk rakyat Malaysia melakukan proses memboikot. Pada masa yang sama, setiap individu rakyat Malaysia juga boleh mengambil tindakkan memboikot secara persendirian seperti dengan tidak melancong ke negara Amerika Syarikat serta menghentikan segala proses perdaganggan dengan Amerika Syarikat sehingga kerajaan Amerika Syarikat khususnya President Donald J. Trump menarik balik pengistiharan yang telah dibuat mengenai status bandaraya Baitulmaqdis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here