NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian Palestin (UNRWA) berkata, terdapat wabak demam kepialu dalam kalangan orang awam yang keluar dari kem pelarian Palestin di pinggir ibu negara Syria, dengan enam kes disahkan setakat ini. Jurucakap UNRWA, Christopher Gunness, berkata kakitangannya memperoleh akses untuk memasuki Yalda, di timur kem pelarian Yarmouk yang menempatkan pelarian Palestin dan orang awam Syria pada pertama kali 8 Jun lalu dan membuka pusat rawatan bergerak. UNRWA berkata, kakitangan perubatan melakukan rawatan 211 kes, termasuk enam orang disahkan menghidap kepialu. Laporan itu juga menyebut selain di Yarmouk dan Yalda, dua lagi kawasan berpotensi wabak adalah Babila dan Beit Sahem. UNRWA berkata, pihaknya halangan yang didapati pasukan perubatan ialah bantuan bekalan perubatan yang terhad termasuk air bersih, sistem kumbahan dan makanan yang berkhasiat untuk komuniti pelarian. Menurut Pesuruhjaya Tinggi UNRWA, Pierre Krahenbuhl, pada Jun sebelum perang Syria meletus pada 2011, terdapat 160,000 rakyat Palestin di kem pelarian Yarmouk. Sebelum kumpulan Negara Islam (IS) mengusai kem berkenaan pada awal April lalu, terdapat lebih 18,000 pelarian namun ribuan sudah meninggalkan kem itu dengan PBB tidak lagi dapat memasukinya. “Tumpuan UNRWA sekarang ialah mengagihkan bantuan kemanusiaan kepada orang awam termasuk di Yarmouk,” kata Gunness. – BH

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here