Perdana menteri berkata Kelantan telah menjadi mangsa dan dianaktirikan oleh kerajaan terdahulu selama berapa dekad dan beliau kini mengubah keadaan itu.

Kata Datuk Seri Najib Razak disebabkan Kelantan diperintah parti lain daripada BN rakyat di negeri itu menderita dengan pelbagai kekangan, termasuk bekalan air bersih dan sistem pengangkutan.

“Mengambil contoh Kelantan yang telah dianaktirikan dan disekat dana pembangunan serta tidak dinaikkan taraf infrastruktur air mereka selama beberapa dekad oleh seorang bekas pemimpin kerana ia diperintah oleh parti pembangkang.

“Bagi saya, ini tidak adil kerana air bersih adalah penting untuk kehidupan dan adalah hak semua rakyat Malaysia.

“Oleh itu, kita telah membantu Kelantan dengan perjanjian penstrukturan semula air tahun lepas yang akan menelan belanja lebih daripada RM1 bilion,” katanya hari ini.

Najib mengeluarkan kenyataan itu melalui kemas kini terbaru blog beliau menjelang pembentangan belanjawan 2018 dijadual Jumaat ini.

Najib berkata rakyat Kelantan juga menderita akibat hubungan pengangkutan yang teruk.

Keadaan itu kata perdana menteri memaksa ramai orang dari negeri terbabit terpaksa berdepan dengan perjalanan kereta perlahan, sesak dan berbahaya. Aspek pengangkutan awam diabaikan oleh “salah seorang pemimpin dahulu”.

“Beliau membazirkan berbilion-bilion ringgit dalam projek vanity¬†dan bukannya membina infrastruktur kelas dunia yang diperlukan oleh Malaysia untuk menarik pelabur mahu pun untuk kesejahteraan rakyat,” katanya lagi.

Bagi menangani isu berkenaan kerajaan membina Lebuh Raya Central Spine Road bebas tol bagi menghubungkan Kelantan dengan seluruh smenanjung, manakala fasa ketiga Lebuhraya Pantai Timur akan dilanjutkan ke Kelantan.

Projek Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL) pula akan menjadi satu lagi game-changer¬†untuk negeri-negeri pantai timur,” katanya.

“Misalnya, kerajaan membuat perjanjian penyusunan semula air dengan Pulau Pinang dan Selangor untuk membantu mereka mengurangkan hutang negeri dan menyediakan pembaharuan infrastruktur bekalan air yang diperlukan,” katanya.

Layanan itu kata Najib membolehkan “kerajaan negeri DAP” bermegah bahawa kononnya mereka engurangkan hutang negeri sebanyak 95 peratus padahal ini sebenarnya disebabkan oleh usaha kerajaan persekutuan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here