PRESIDEN Turki Recep Tayyip Erdogan meluahkan harapannya untuk Turki membuka kedutaannya di Palestin di Timur Baitulmaqdis, ketika beliau sekali lagi mengecam pengiktirafan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump bandar berkenaan sebagai ibu negara Israel.

Erdogan mengetuai kecaman antarabangsa terhadap keputusan AS itu, dan memanggil sidang kemuncak luar biasa pemimpin negara Islam minggu lalu di Istanbul yang menggesa dunia untuk mengiktiraf Timur Baitulmaqdis sebagai ibu negara Palestin.

Timur Baitulmaqdis diduduki oleh Israel selepas ia mengawal kawasan itu pada perang 1967, yang mana langkah berkenaan tidak pernah mendapat pengiktirafan antarabangsa.

“Oleh kerana ia di bawah jajahan, kita tidak boleh ke sana dan membuka kedutaan,” kata Erdogan dalam ucapan kepada parti pemerintahnya di bandar Karaman.

“Tetapi, InsyaAllah hari itu sudah dekat dan ..kita akhirnya akan membuka kedutaan di sana,” katanya.

Turki kini mempunyai konsulatya di Baitulmaqdis. Ankara mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel, dan sebagaimana negara lain, kedutaannya berada di Tel Aviv.

Erdogan sekali lagi menyelar keputusan AS untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan memindahkan kedutaan AS ke Israel di bandar itu.

Katanya, Yahudi tiada hak untuk menduduki Baitulmaqdis yang merupakan ibu negara umat Islam.

“Hentikan tindakan kamu dan jangan cuba jalankan operasi zionis,” katanya. Jika kamu cuba, harga yang terpaksa dibayar sangat tinggi.” – AFP, 17 Disember, 2017.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here