Ramai di antara kita khususnya rakyat Malaysia sangat bimbang dan mengambil berat dengan isu kos sara hidup yang semakin lama semakin meningkat. Yelah, siapa tak risau…Harga barang makin lama makin naik tapi gaji pula macam tak naik-naik je kan.

Actually, isu kos sara hidup ni telah pun dibangkitkan dalam pembentangan Bajet 2018 yang lepas di mana sebelum ni PM telah meminta pandangan dari semua lapisan rakyat agar dapat memberikan input dan juga cadangan di dalam proses penyediaan bajet bagi tahun 2018. Jadinya, tidak mengejutkan bila mana isu kos sara hidup telah menjadi top issue yang dibangkitkan oleh rakyat Malaysia supaya dibentangkan dalam bajet tersebut.

Walaubagaimanapun, sebelum pergi lebih jauh, pada sekitar suku pertama 2017 yang lepas, PM telah menyatakan bahawa kos sara hidup di Malaysia adalah merupakan antara yang terendah di kalangan negara-negara ASEAN. Statistik ni bukan kerajaan yang buat tau tapi international punya..

Kenapa rakyat masih tidak puas hati dengan isu kos sara hidup? Adakah kita semua sebagai rakyat marhaen ni sudah terkeliru antara definisi kos sara hidup dan kos gaya hidup?

So, daripada penulisan artikel ni, mungkin sedikit sebanyak akan dapat membuatkan kita merenung dan berfikir tentang perbezaan antara erti kos sara hidup dan kos gaya hidup. Sebenarnya, kos sara hidup ini merangkumi kos perbelanjaan yang melibatkan barang keperluan harian sahaja. Kos gaya hidup pula bermaksud perbelanjaan yang dilakukan untuk mengekalkan lifestyle tertentu. Simple je kan? Very straight forward.

Persoalannya, kita semua ni berbelanja mengikut definisi yang mana satu? Anda rasa anda tergolong dalam golongan mana? Minum teh tarik kedai mamak atau minum Frappucino kat Starbucks? Tepuk dada tanya la selera. Pilihan di tangan kita…

SUMBER : TEH TARIK ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here