mahathir

Program Jelajah Semarak anjuran Bersatu berakhir tegang ketika seorang pemuda didakwa cuba memeluk Tun Dr Mahathir di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Seberang Perai(MPSP) semalam.

Menurut sumber, pemuda tersebut menghampiri Tun Mahathir ketika ke kereta sambil diiringi kawalan keselamatan.

Pemuda itu cuba memeluk Mahathir, namun dihalang oleh pihak keselamatan.

Susulan itu, bapanya berusia lingkungan 50an itu mendakwa pemuda itu sekadar mahu berjumpa dengan Mahathir dan dia kecewa anaknya diperlakukan sedemikian rupa.

Lelaki itu berulang kali mengatakan kecewa dengan tindakan diambil.

“Pihak kawalan keselamatan membawa keluar si pelaku dari kawasan perimeter program sebagai langkah yang perlu diambil untuk keselamatan¬†Tun Mahathir,” katanya.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here