Faktor kecederaan menjadi punca utama pemain tenis dari Russia, Maria Sharapova menarik diri dari kejohanan tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS).

Penarikan diri Sharapova dijangka memberi laluan mudah kepada pemain wanita No.1 dunia, Serena Williams untuk meraih kemenangan pada saingan siri Grand Slam Terbuka AS kali ini.

Pengarah Kejohanan Terbuka AS, David Brewer mengumumkan, kekosongan ditinggalkan Sharapova bakal digantikan seorang lagi pemain Rusia, Daria Kasatkina.

“Malang sekali, saya tidak dapat menyertai kejohanan kali ini. Saya sudah cuba yang terbaik untuk kembali bertanding, namun masa masih tidak mencukupi untuk saya pulih sepenuhnya.

“Kepada semua peminat, saya akan kembali bersaing dalam saingan Asia pada beberapa minggu lagi dengan yang lebih baik dan bertenaga.

“Buat masa ini, saya khuatir masalah kecederaan ini akan menjadi lebih teruk. Saya perlu berehat daripada latihan untuk beberapa minggu,” jelas Sharapova menerusi laman sosial Twitter.

Sekiranya tidak menarik diri, Sharapova bakal beraksi selaku pencabar utama kepada Serena, namun status itu kini beralih kepada pemain Serbia, Ana Inovic.

Menjelang kejohanan itu, Serena pula bakal menggenapkan kejuaraan Grand Slam untuk kali ke-22 bagi menyamai rekod pencapaian Steffi Graf yang dilakukan pada 1988.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here