PETALING JAYA: Sebanyak 40 peratus bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Bukit Gasing, Petaling Jaya terbakar selepas lapisan luar bangunan (cladding) itu terbakar.

‘Cladding’ yang mudah terbakar itu juga menyebabkan kebakaran merebak cepat sehingga ke tingkat paling atas bangunan berkenaan di tingkat enam.

Semua 600 pekerja dan pelangan yang berada di dalam bangunan berkenaan berjaya menyelamatkan diri dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Punca kebakaran dipercayai disebabkan percikan api susulan kerja penyelenggaraan dan ditambah dengan faktor cuaca panas dan angin kuat.
Sementara itu, Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP dalam satu kenyataan media menyatakan pejabat itu ditutup buat sementara waktu.

Timbalan Ketua Eksekutif Operasi KWSP Datuk Mohd Naim Daruwish menegaskan hanya ‘cladding’ sahaja yang terbakar dan tiada kebakaran yang berlaku di dalam bangunan.

Laporan Bomba menyatakan ‘cladding’ yang digunakan adalah bahan mudah terbakar seperti yang digunakan di Grenfell Tower di London. Bahan ‘cladding’ ialah polyethylene (polyfoam), bahan yang mudah terbakar. -AWANI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here