tahfiz.

Dalam kejadian itu, seramai 22 pelajar dan dua warden dilaporkan maut dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di sini, awal pagi tadi.

Ahmad Billien Zakaria, 34, berkata, dia dimaklumkan kejadian oleh kakaknya yang menelefonnya kira-kira jam 5.15 pagi.

“Kakak telefon saya beritahu ada kebakaran di pusat tahfiz di sini. Saya terus bangun dari tidur menuju ke tempat kejadian.

“Sampai di sini, lihat memang dah ramai penduduk dan pemuda datang berkumpul untuk cuba menolong, tapi kami tidak dapat berbuat apa sebab api dan asap tebal,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Menurutnya, bomba kemudian mengarahkan kami untuk tidak masuk ke dalam pusat tahfiz terbabit atas faktor keselamatan.

Katanya, ketika itu, ada antara kami yang cedera ketika cuba memberikan pertolongan.

“Apa yang saya dimaklumkan, sebelum saya sampai, ada saksi beritahu mendengar jeritan meminta tolong,” katanya.- SINAR

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here