KUALA LUMPUR, 10 Sept – Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.25 peratus apabila mengumumkan keputusan dasarnya pada Jumaat ini.

“Kami menjangka BNM mengekalkan kadar tidak berubah pada 3.25 peratus kerana kami tidak merasakan ia akan menaikkannya untuk menyokong mata wang,” kata Standard Chartered Research dalam laporannya hari ini.

Ringgit kini diniagakan pada 4.34 berbanding dolar AS.

Bank pusat cenderung kepada kadar faedah rendah berbanding sebelumnya dalam kenyataan mesyuarat akhirnya pada 9 Julai, menyedari risiko kepada pertumbuhan global.

“Sentimen ke arah pertumbuhan global semakin lemah sejak itu. Bagaimanapun, memandangkan pertumbuhan berterusan di Malaysia, kami menjangka BNM mengekalkan kadar sekarang,” kata firma penyelidikan itu.

Ekonomi Malaysia berkembang lebih kukuh daripada dijangkakan pada 4.9 peratus dalam suku kedua 2015, dipacu oleh permintaan domestik.

Sumber: BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here