BARISAN Nasional (BN) tidak boleh lagi menjangkakan akan menang mudah di kerusi luar bandar susulan jumlah pengundi di luar bandar semakin kecil akibat urbanisasi, kata ahli akademik.

Kerajaan pemerintah juga berdepan situasi di mana ada banyak pengundi leksikografi di kerusi bandar berbanding di luar bandar. Pengundi leksikografi sama seperti penyokong tegar yang tidak terjejas dengan apa juga sebab.

Penyelidik Majlis Profesor Negara Dr Muhammad Asri Mohd Ali yang membentangkan topik “Pengundi leksikografi (LV) di Malaysia (Pahang)”, berkata berbeza dengan terma ekonomi di mana sokongan ditentukan oleh permintaan dan bekalan, pengundi LV tidak rasional.

“Mereka terpengaruh dengan label parti, bukannya dasar,” kata Asri.

“Antara contoh pengundi LV ialah kerusi seperti Seputeh, Kepong dan Cheras.

“Di kerusi itu, MCA dan Gerakan hampir tidak relevan dan apa juga mereka lakukan, nampaknya tidak memberi kesan kepada minda pengundi.”

Penyelidikan Asri adalah untuk mengukur kumpulan pengundi mana akan menentukan undi dalam situasi di mana dua parti bertanding menawarkan dasar yang serupa tetapi pelbagai peringkat.

Sebaliknya, Asri berkata kerana tahap pengundi LV di kerusi luar bandar yang lebih rendah, dasar dan perkhidmatan membawa perbezaan.

“Di silah di mana BN paling kuat. Kajian kami mendapati sokongan BN terdiri daripada penerima BR1M, pengundi warga emas, kumpulan berpendapatan dan pendidikan rendah, serta mereka yang berpuas hati dengan pencapaian ahli Parlimen mereka,” katanya di Universiti Malaya semalam.

Selain Asri, Dr Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia turut membentangkan kertas kerja bertajuk “Trend politik dan simulasi PRU14 (Terengganu)” sementara felow kanan ISEAS Yusof-Ishak Institute, Wan Saiful Wan Jan bercakap tentang “Adakah Umno bermasalah di Johor?”.

Program itu dianjurkan oleh Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya UM (UMCEDEL) dengan pengarahnya, Prof Dr Hamidin Abd Hamid bertindak sebagai moderator.

Asri, yang membuat kajian asas di Pahang tahun lalu, mendapati cukai barangan dan perkhidmatan masih menjadi masalah paling tinggi dalam senarai kebimbangan pengundi.

“Agenda Melayu tidak besar di Pahang dan walaupun kos sara hidup menjadi faktor kebimbangan, rasa tidak puas hati pengundi terhadap GST lebih tinggi. Mungkin masa ketika GST dilaksanakan tidak tepat kerana ringgit lebih rendah dan isu lain.”

Asri berkata strategi Pakatan Rakyat untuk fokus kepada isu GST juga dilihat berjaya.

“Oleh itu, BN tidak boleh bergantung hanya kepada perkhidmatan semata-mata kerana ia perlu menzahirkan dasarnya dengan lebih baik untuk menawan Melayu kelas pertengahan yang tinggal di kawasan bandar.

“Tetapi Umno bukan lagi platform untuk Melayu kelas pertengahan di kawasan bandar. Mereka mahu lebih ketelusan tetapi BN masih berfikiran lama dan berorientasikan perkhidmatan.”

Menggunakan rasa tidak gembira penjawat awam terhadap GST sebagai contoh, Asri berkata BN perlu menjelaskan bagaimana dasar itu membolehkan mereka masih mempunyai pekerjaan.

“GST membantu membayar gaji 1.6 juta kakitangan awam tetapi mereka masih merungut mengenainya. Jika pembangkang memansuhkan GST, bolehkah penjawat awam terus dikekalkan?”

Asri berkata bagi pihak PH, penyokongnya cenderung kepada pengguna media alternatif dan bimbang dengan isu 1Malaysia Development Bhd.

Katanya, cadangan PH menamakan Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri juga bukan isu di Pahang.

“Ketika kami jalankan kajian pada Oktober lalu dan bertanya kepada responden mengenainya, kebanyakan tidak kisah.

“Selepas beliau dinamakan sebagai calon perdana menteri untuk PH, kami membuat susulan dengan responden ini dan mereka kata tidak logik untuk Dr Mahathir jadi PM sekali lagi,” akta Asri. – MI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here