Juara bertahan, Kedah, sudah bersedia untuk berdepan dengan  gergasi merah yang juga Juara Piala Malaysia 33 kali, Selangor pada perlawanan suku akhir Piala Malaysia 2017.

Mengakui saingan pasti lebih hebat selepas ini, Ketua Jurulatih Kedah Mohd Nidzam Adzha Yusoff   berkata pasukannya akan cuba melangkah ke peringkat seterusnya dengan kemenangan bergaya walaupun terpaksa bertemu dengan pasukan yang digeruni.

“Untuk prestasi malam ini, kita lebih fokus kepada empat pemain import kerana lebih sebulan mereka tidak bermain dan kita lihat mereka bersedia untuk bermain di peringkat suku akhir dan digandingkan semula dengan pemain kebangsaan,” katanya kepada pemberita di Alor Setar, malam tadi.

Perlawanan Piala Malaysia Kedah menentang Kelantan malam tadi yang berkesudahan 2-0 menyaksikan Kedah, yang sudahpun mengesahkan slot ke suku akhir, bertemu dengan naib juara Kumpulan D iaitu Selangor.

Perlawanan itu menyaksikan pemain-pemain muda diberi peluang beraksi seperti Syafiq Ahmad, Amirul Hisyam Awang Kecik, Mohamad Arif Farhan Md Isa dan Mohd Ifwat Akmal Che Kassim.

Tujuh pemain yang mewakili Harimau Malaya pula diberi peluang untuk berehat setelah mengambil kira beberapa perlawanan besar yang disertai mereka sebelum ini bagi membantu skuad kebangsaan. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here