Buat pertama kalinya, penyanyi Jaclyn Victor, 37 berkongsi gambar cahaya mata sulungnya di laman Instagram miliknya sebentar tadi selepas selamat melahirkan empat hari lepas. Jonah Josiah Rivera adalah nama pilihan Jaclyn dan suaminya buat anak mereka. Menerusi laman facebook Jaclyn pada Khamis lalu, beliau memberitahu bahawa belum ada nama yang tetap untuk putera sulungnya yang selamat dilahirkan dengan berat 3.48 kilogram.

Jaclyn atau lebih mesra dengan sapaan Jac berkahwin Shawn Rivera, 41, yang juga anggota kumpulan R&B Az Yet pada 19 Julai lalu di The First Unitarian Church of Philadelphia, Amerika Syarikat. Majlis berkenaan hanya dihadiri oleh keluarga dan teman rapat kedua-dua belah pihak. Sementara itu, Jaclyn turut memberitahu beliau dan suaminya gembira dengan kelahiran anak mereka dan menyatakan beliau dan bayinya berada dalam keadaan sihat serta memilih untuk berehat secukupnya untuk tempoh beberapa bulan ini. “Saya dan suami sangat gembira untuk mengumumkan kelahirannya. Saya dan bayi dalam keadaan sihat. Terima kasih atas ucapan dan doa semua untuk bayi kami,” katanya.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here