Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan ada persefahaman yang baik antara beliau dan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) terhadap cadangan projek kereta Malaysia-Indonesia.

Dr Mahathir berkata, Jokowi turut memberikan reaksi positif mengenai perkara tersebut yang sebelum ini tertangguh.

“Kerjasama ini sebelum ini terhenti kerana saya dikatakan jadi ‘persona non grata’ kepada Malaysia, tetapi sekarang saya harap kita dapat hidupkan semula perancangan kita.

“Jokowi beri respons positif, umumnya ada persefahaman yang baik antara kami berdua, yang tinggal kini hanya pengurusan ke atas perkara ini,” jelasnya dalam satu sidang media dari Jakarta.

Dr Mahathir sebelum itu mengadakan pertemuan empat mata dengan Jokowi di Istana Presiden di Bogor, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here