Jentera Pas termasuk peringkat sayap parti itu tidak akan sesekali membantu parti lain kecuali Pas dan Gagasan Sejahtera.

Perkara itu ditegaskan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, sekali gus memperkukuh pendirian bahawa Pas akan memberi sepenuh tumpuan membantu parti menghadapi PRU14.

Berbanding sebelum ini ketika Pas dalam PR, jentera parti Pas turut bertungkus lumus bekerja memenangkan parti PKR dan DAP.

“Pilihan raya kali ini kita bersama jentera Pas. Kita tidak ada hubungan tahalluf dengan mana-mana kecuali dalam Gagasan Sejahtera.

“Komitmen kita, semua jentera kita, kewangan kita, elaun, duit kita untuk menjayakan agenda perjuangan Pas,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Jentera Pilihan Raya Dewan-Dewan Pas di tapak Fastaqim 2.0, di sini hari ini.

Bercakap mengenai pelancaran tersebut, jentera Pas di semua peringkat berada dalam keadaan bersiap sedia berhadapan PRU14.

Menurutnya, kehadiran pengunjung selama dua hari Fastaqim 2.0 berlangsung yang melabuhkan tirainya hari ini juga di luar daripada jangkaan.

“Saya melihat komitmen sangat-sangatlah baik,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai pelancaran jentera pilihan raya PKR Terengganu yang turut dilancarkan hari ini, beliau menjelaskan pihaknya tiada hak menghalang mana-mana parti berbuat demikian.-SINAR

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here