PAKATAN Harapan (PH) akan mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri hanya dua penggal jika ia berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata pengerusinya Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata langkah ini salah satu daripada perubahan yang akan dilaksanakan oleh PH jika berjaya ke Putrajaya.

Dr Mahathir berkata seseorang perdana menteri mungkin menyalahgunakan kuasanya jika memegang jawatan itu bagi tempoh terlalu lama.

“Kami akan mengurangkan kepada dua penggal saja. Tidak lebih daripada itu,” katanya pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here