Sering terlibat dengan cinta lokasi, bermula dengan Sherry Ibrahim, Neelofa dan terbaru Fazura, ramai yang tertanya-tanya adalah heroin baru Janna Nick bakal bercinta dengan hero Melaya, Fattah Amin dalam drama terbaru mereka, Coffee Prince. Adakah hastag baru untuk mereka bakal diwujudkan?

“Bila timbul isu Fattah akan jadi hero drama tersebut, tidak dinafikan saya turut dikaitkan dengan dia sehingga ramai yang bimbang terjebak dengan cinta lokasi selepas wujudnya fenomena Lofattah dan Fattzura. Saya jamin cinta lokasi itu tidak akan terjadi”

“Bukan hendak cakap besar, kalau benar ia hendak terjadi, sudah lama saya terjebak dengan cinta lokasi. Lebih baik mengelak, tidak kisah siapa hero yang akan bersama saya dalam drama itu, saya tidak ada masalah untuk menjalankan komitmen dalam lakonan,” katanya.

Boleh tahan panas juga drama terbaru Micheal Ang ini, sampaikan ada yang membuat petisyen membantah Fattah melakonkan watak Gong Yoo sebagai watak utama. Ada juga yang berpendapat sudah muak dengan kelibat Fattah membintangi drama di kaca televisyen.

Baca lagi: Netizen Bantah Fattah Amin Terajui Drama Coffee Prince

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here