Gesaan yang dibuat oleh penasihat Majlis Agama Negeri Johor (MAINJ) baru – baru ini yang mengingatkan pegawai masjid di negeri itu terutama para imam, bilal dan noja untuk berhenti merokok atau bersedia untuk melepaskan jawatan masing – masing serta saranan untuk para penerima zakat dan golongan asnaf yang didapati merokok dan enggan berhenti menghisapnya akan berdepan risiko dihentikan bantuan bulanan bukan sahaja perlu disambut dengan penuh positif malah perlu diperluaskan lagi skop saranan terbabit dengan meliputi semua ahli politik khususnya ahli politik yang beragama Islam dalam negara kita.

Ini amat sesuai dengan fatwa yang berkaitan dengan pengharaman rokok yang telah lama dibuat dalam negara kita namun ianya tidak dipandang sebagai satu fatwa yang penting malah sering terlepas pandang oleh orang Islam sendiri.

Perlu diketahui umum bahawa, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang Kali Ke-37 di Dewan Syura, Tingkat 11 pada 23 Mac 1995 yang lalu telah membincangkan isu mengenai “Hukum Merokok Dari Pandangan Islam” dan telah bersetuju untuk memutuskan bahawa “Merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan”.

Berdasarkan fatwa yang telah oleh pihak Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan terbabit jelas menunjukkan bahawa fatwa pengharaman rokok telah lama dikeluarkan oleh majlis tersebut iaitu sudah lebih 20 tahun dan ianya masih kekal sehingga sekarang.

Oleh yang demikian, adalah penting supaya masyarakat kita yang majoritinya beragama Islam serta yang mempunyai para pimpinan yang agama Islam untuk turut serta menghormati fatwa pengharaman rokok yang telah dikeluarkan dalam negara kita buta sekian lama. Memandangkan pilihanraya umum ke 14 (PRU14) bakal menjelang tiba pada bila – bila masa sahaja, individu – individu yang ingin menjadi calon pilihanraya dan wakil rakyat perlu terdiri daripada mereka yang betul – betul layak bergelar pemimpin atau Yang Berhormat (YB).

Menjadi seorang pemimpin dalam sebuah masyarakat akan menjadikan diri individu berkenaan sebagai tontonan orang ramai. Oleh itu, adalah penting supaya pemimpin terbabit mempunyai ciri – ciri seorang pemimpin yang betul – betul layak kita semua hormati. Dan di antara ciri – ciri pemimpin yang baik ialah mereka yang tidak merokok.

Ini adalah penting khususnya dikalangan pemimpin yang beragama Islam kerana berdasarkan fatwa pengharaman rokok yang telah dibuat sekian lama dalam negara kita serta firman Allah SWT didalam Al – Qur;an yang banyak menasihati diri kita semua supaya tidak terjebak ke dalam perkara yang boleh membinasakan diri seperti amalan merokok adalah penting supaya pemimpin politik yang bakal dipilih kelak terdiri daripada mereka yang tidak merokok.

Para pengundi PRU yang akan perlu tampil bertanyakan perkara ini kepada calon – calon PRU yang akan datang khususnya calon PRU yang beragama Islam, sekiranya calon berkenaan adalah seorang perokok maka tidak perlulah kita memberi undi kepada mereka. Tolak lah calon – calon yang merokok ini sebagai tanda protes kita terhadap amalan merokok dalam negara kita.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here