Ekonomi Malaysia  suku tahun kedua menunjukkan peningkatan yang baik, menurut, penganalisis ekonomi, Dr Baayah Baba.

Beliau berkata, diharapkan kerajaan boleh mempertimbangkan pemberian subsidi untuk rakyat.

“Dengan apungan minyak yang tidak menentu, subsidi dapat membantu rakyat.

“Kerajaan jangan terus menghimpit rakyat dengan pelbagai kenaikan yang boleh membebankan,” katanya.

Selain itu, penguatkuasaan secara berterusan perlu dilakukan untuk mengelakkan kes-kes seperti penyalahgunaan subsidi ini berlaku,” katanya.

“Saya syorkan kerajaan memperluaskan lagi peluang-peluang pekerjaan buat graduan seperti minyak dan gas dan kursus-kursus lain kerana ramai masih menganggur,” katanya.

Jelasnya, jika kerajaan membuka peluang dan menekankan graduan ini bekerja di dalam negara, pasti ekonomi negara akan dapat dijana dengan lebih baik.

 

Dr Kamaruddin Mohd Nor Ketua Pakar Ekonomi MIDF Amanah Investment Bank berkata, mata wang tempatan itu dijangka mendapat sokongan daripada sentimen positif dalam pasaran tempatan susulan perkembangan mengenai suku kedua keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia dan syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here