Nothing

Exco Pemuda Umno, Rahman Hussin berkata, semua pihak tidak seharusnya menggunakan kesempatan terhadap insiden yang berlaku itu untuk menuding jari atas insiden Nothing To Hide 2.0 terutama terhadap Umno.

“Sebaliknya, biarlah insiden itu ditangani dan diuruskan sepenuhnya oleh polis tanpa perlu wujud pelbagai provokasi politik yang akhirnya membentuk sentimen kebencian kepada mana-mana pihak dan yang paling rugi adalah orang politik itu sendiri.

“Dalam sebuah negara yang menjunjung prinsip demokrasi berparlimen, seharusnya saluran Dewan Rakyat digunakan sebagai medium menzahirkan pendapat, hujah serta kritikan sama ada kepada kerajaan mahupun pihak tertentu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas insiden kekecohan dalam program yang Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam.

“Menggunakan pentas terbuka untuk berdialog walaupun dilihat baik pada dasarnya, namun apa yang terjadi ketika ini menunjukkan diakhirnya ia hanya membangkitkan rasa marah dikalangan hadirin yang datang.

“Dengan apa yang berlaku itu, elok juga supaya forum seumpama itu tidak diteruskan pada masa depan memandangkan ia jelas mengandungi unsur provokasi terbuka sehingga boleh mencetuskan keadaan dingin dan ternyata ia sudah pun berlaku semalam,” katanya.

Dalam masa sama, beliau juga mengharapkan siasatan dilakukan dan tindakan undang-undang diambil terhadap beberapa suspek yang ditahan sebagai bukti keseriusan pihak berkuasa dalam menjaga ketenteraman awam, khususnya menjelang musim Pilihan Raya Umum akan datang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here