Rakyat Malaysia diminta supaya tidak membuang masa, tenaga dan intelek untuk melayan aksi beberapa warga internet di negara seberang yang dikatakan mengejek Jalur Gemilang susulan kejadian bendera mereka dicetak terbalik dalam buku cenderahati Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 (KL2017) baru – baru ini.

Tumpuan kita kini harus diberikan terhadap pada para atlet Sukan Sea KL 2017 yang sedang bertukus lumus berjuang. Seperti yang sedia maklum, permohonan maaf sudah pun diberikan oleh pihak Malaysia kepada pihak disana serta pihak berkuasa negara ini juga sedang giat melakukan proses siasatan diatas isu berkenaan.

Baru – baru ini media tempatan ada melaporkan bahawa warga Internet negara jiran itu terus melahirkan rasa tidak puas hati dengan memuat naik petikan bergambar watak kartun dan Jalur Gemilang secara terbalik. Salah satu dialog bergambar memaparkan watak kartun Spongebob Squarepant dan sahabat baiknya, Patrick Star bertekak mengenai kejadian bendera terbalik itu.

Dalam dialog kedua-dua watak itu, Patrick yang memegang watak Malaysia menuduh Spongebob (Indonesia) terlalu banyak cakap, lalu Spongebob mempertahankan dirinya dan menggelar Malaysia “nyet” (monyet). Selain itu, turut dipaparkan insiden Jalur Gemilang yang direntang terbalik secara tidak sengaja di dalam sebuah stadium dengan kata – kata sindiran.

Namun, sekiranya ia masih berterusan berlaku pihak kerajaan negara kita perlu menghantar nota bantahan kepada kerajaan Indonesia serta meminta mereka untuk mengawal tingkahlaku rakyat mereka.

Agak sukar untuk pihak berkuasa negara ini mengambil sebarang tindakkan kerana isu terbabit berlaku di luar sempadan negara. Namun sekiranya ada mana – mana pihak yang melakukan perkara yang serupa di bumi Malaysia, tindakan tegas undang – undang mesti diambil terhadap mereka seperti yang telah termaktub dibawah Kanun Keseksaan (Akta 574), Akta Hasutan 1948 (Akta 15), atau Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 (Akta 193).

1 COMMENT

  1. Banyak terbaca posting biadap dan angkuhnya netizen Indonesia terhadap Malaysia. Pelbagai kata nista dicoretkan. Netizen Indonesia mendakwa bangsa Malaysia melakukan pelbagai provokasi dan ketidakadilan kepada orang-orang Indonesia, sehingga menyebabkan gerakan anti-Malaysia tercetus.

    Ironinya, bangsa Malaysia sejak tertubuhnya Persekutuan Malaysia telah mengalami beberapa serangan fizikal sejak 1962 lagi. Sejarah membuktikan gerakan konfrontasi oleh rakyat Indonesia itu telah mengorbankan sejumlah bangsa Malaysia dan askar-askar Komanwel. Meskipun ada di antara gerila Indonesia berjaya ditawan dan terbunuh, hakikatnya, serangan telah dimulakan terlebih dahulu oleh pihak Indonesia. Bangsa Malaysia dgn dibantu tentera Komanwel hanya mempertahankan diri dan berjaya mematahkan tindakan gila para gerila Indonesia, itupun turut menjadi sebab bertambahnya kemarahan pihak Indonesia.

    Bangsa Malaysia tidak pernah melakukan serangan balas di bumi Indonesia. Sebaliknya, sejarah membuktikan wujudnya tindakan nekad pihak Indonesia menumpahkan darah bangsa Malaysia di bumi Malaysia. Pun demikian, sejarah tinggal sejarah. Meskipun pahit, bangsa Malaysia tidak menaruh dendam terhadap pihak Indonesia. Sejak dari dahulu hingga sekarang, pintu bumi Malaysia sentiasa terbuka kpd pekerja Indonesia utk mencari rezeki di bumi bertuah Malaysia ini.

    Pepatah lama “bagai melepas anjing tersepit, selepas dilepas, ia kembali menggigit….” mungkin pepatah yg boleh mengkiaskan keadaan kebiadapan pihak Indonesia terhadap bangsa Malaysia waktu ini.

    Harapnya bangsa Malaysia berhati-hati terhadap pihak Indonesia. Janganlah kerana “hendak menyusukan kera di hutan, anak dikendong mati kehausan…” berlaku. Beringat sebelum terkena kali kedua.

    Rujuk kisah konfrontasi Indonesia-Malaysia yg telah diringkaskan di https://soscili.my/kisah-konfrontasi-indonesia-ganyang-malaysia/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here