Islamofobia, sudah pasti kita membayangkan ketakutan masyarakat bukan Islam terhadap agama Islam seperti yang berlaku di seluruh dunia terutama selepas terjadi serangan 11 September 2001 serta keganasan Daesh di Syria dan Iraq.

Selain itu, kejadian pembunuhan lebih 120 orang di Paris, diikuti pengeboman di Madrid pada 11 Mac 2004 melibatkan kematian 191 orang. Selain itu, pengeboman di London pada 7 Julai 2005 yang meragut 52 nyawa oleh pengganas yang disyaki Muslim memburukkan lagi imej Islam di mata masyarakat dunia.

Definisi kamus bagi kosa ‘Fobia’ ialah ‘ketakutan atau kebencian yang keterlaluan: ketakutan tidak rasional atau amat kuat dan benci terhadap sesuatu’. Secara mudahnya berdasarkan definisi ini, Islamofobia ialah ketakutan tidak rasional atau amat kuat atau benci terhadap Islam. Istilah ini juga merujuk kepada amalan mendiskriminasikan umat Islam dengan mengasingkan mereka daripada ekonomi, sosial dan kehidupan masyarakat.

Namun, Islamofobia lebih daripada sekadar makna ini dan ia turut menggabungkan kebencian kaum, sikap tidak bertoleransi, prejudis, dan stereotaip. Fenomena ini pada asasnya ialah kebencian berasaskan agama. Ia mempunyai dua aspek berbeza: Dari sudut protagonis Islamofobia dan dari sudut mangsa Islamofobia. Istilah berkenaan diperkenalkan pada 1996 oleh ‘Commission on British

Muslims and Islamophobia’. Islamofobia juga termasuk persepsi bahawa Islam mempunyai nilai yang tidak sama dengan budaya lain, lebih rendah dari nilai barat dan mempunyai ideologi politik yang ganas. Tetapi bagaimana pula di Malaysia? Adakah ia semakin menebal di negara kita? Baru-baru ini, wujud isu yang melarang pekerja wanita Islam memakai tudung. Adakah ia satu bentuk Islamofobia?

Ikuti laporan Sorot minggu ini mengenai Islamofobia di Malaysia.

Agenda liberalisasi tanam persepsi buruk terhadap Islam

SENTIMEN kebencian dan prejudis golongan bukan Islam terhadap Muslim di Malaysia ‘dibakar’ oleh agenda liberalisasi yang berusaha keras untuk menggambarkan naratif nasional sebagai ketinggalan dan ganas.

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Advokasi dan Penyelidikan Hak Asasi Manusia (Centra) Azril Mohd Amin menegaskan Daesh dan Taliban cuma sekadar simptom yang berpunca daripada kegagalan mereka

memahami Islam menurut tradisi keilmuan yang sekian lama membentuk tamadun Islam yang hebat serta diingati sejarah dunia.

“Golongan liberal adalah punca utama bukan Islam di Malaysia kian lantang dan berani mengkritik Muslim.

“Hal ini kerana puak liberal menyuburkan kononnya amalan dan peraturan Islam terarah kepada keganasan dan ketinggalan,” katanya kepada Sinar Harian.

Azril Mohd Amin

Sementara itu, Azril menjelaskan tindakan orang bukan Islam di sini seolah-olah memperbesarkan hal-hal buruk mengenai perilaku Muslim dan hal baik diperkecil disebabkan oleh desakan agenda menghancurkan kestabilan naratif.

“Hal ini berlaku atas sebab desakan agenda menghancurkan kestabilan naratif yang telah diterima pakai sejak sekian lama di tanah air ini.

“Jika sebelum ini insiden kecil dalam kalangan masyarakat dapat dihormati dan dikendalikan secara baik melalui toleransi dan perundingan.

“Bagaimanapun kebangkitan agenda liberalisasi ini mengambil setiap peluang yang wujud untuk memburukkan Islam atas dasar agenda demonisasi agama di peringkat global,” tegasnya.

Menurut Azril lagi, faktor yang mendorong kelompok Melayu sendiri sangat apologetik, malu, rendah diri dengan Islam hingga membuatkan individu bukan Islam hilang rasa hormat berpunca daripada kejahilan terhadap sejarah dan kefahaman mengenai persetujuan kontrak sosial dalam kalangan masyarakat.-SINAR

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here