Seorang ahli akademik mempersoalkan mereka yang menyifatkan Islam seperti diamalkan Malaysia semakin cenderung kepada budaya Arab, sebaliknya berkata ia adalah percubaan melemahkan tadbir urus agama di Malaysia.

Prof Madya Mohamad Faisol Keling dari Universiti Utara Malaysia (UUM) mengulas pandangan pakar undang-undang perlembagaan, Prof Datuk Shad Saleem Faruqi baru-baru ini, yang mengundang laporan polis disusuli siasatan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan berkenaan cubaan mengganggu keamanan.

Faisol menganggap Shad “beremosi” semasa bercakap mengenai kebangkitan pihak berkuasa agama dan menuduh mereka cuba membawa orang Melayu pergi dari tradisi toleransi dalam mengamalkan Islam.

“Sebaliknya, cara negara dan Islam ditadbir di sini menjadi contoh kepada orang Arab,” kata Faisol dari Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa di UUM.

Faisol tidak berpuas hati dengan pandangan Shad dalam kolum diterbitkan The Star bulan lalu, mengenai kecenderungan mengamalkan Islam ala Arab yang meniru cara hidup Arab di Malaysia.

Sebaliknya, Faisal mendakwa Malaysia menjadi contoh kepada umat Islam lain termasuk Arab.

“Ini terbukti apabila orang Arab menjadikan Malaysia tempat rujukan mereka sebagai hab diplomasi dalam isu orang Islam sejagat,” katanya.

Faisol memuji sistem Malaysia kerana “mencipta persekitaran untuk orang Islam dan bukan Islam mengamalkan agama dan hidup dalam harmoni”.

Beliau berkata Malaysia “ternyata dapat mengelakka konflik yang boleh dilihat di beberapa negara, termasuk negara Arab”.

Shad menjadi sasaran selepas mempersoalkan sebuah badan berkait kerajaan, Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (Iksim), yang menyerang liberalisme sebagai ancaman kepada negara.

Susulan itu, Iksim membuat laporan polis terhadap Shad.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here