bersatu

Kekecohan ketika Nothing to Hide 2.0 kelmarin langsung tidak mematahkan usaha Bersatu untuk terus memberikan penerangan kepada rakyat berkenaan isu semasa.

Abu Bakar Yahya, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu berkata, walaupun insiden itu berlaku ia langsung tidak memberikan kesan perjuangan parti itu.

“Kami percaya apa yang dilakukan adalah kerana tidak suka Bersatu diterima rakyat.

“Ia bukan halangan kepada kami, kami akan terus memberikan pencerahan kepada rakyat dalam apa jua keadaan sekalipun,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Ini berikutan insiden Nothing to Hide 2.0 yang melibatkan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tiga remaja ditahan kerana menimbulkan kekecohan ketika majlis berkenaan.

Abu Bakar berkata, dalam isu ini Bersatu percaya kepada polis untuk menyiasat kejadian ini sehingga tertangkap si pelaku.

“Biar pihak berkuasa membuat siasatan terlebih dahulu dan mendakwa mereka yang melakukan kesalahan didakwa.

“Usah menuding jari menuduh tanpa usul periksa hingga mengeruhkan keadaan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here