Friday, October 20, 2017
Home News Sport Indonesia Ketuai ASEAN Bida Tuan Rumah Piala Dunia 2034

Indonesia Ketuai ASEAN Bida Tuan Rumah Piala Dunia 2034

148
0
Piala Dunia 2034

JAKARTA – Indonesia menubuhkan satu konsortium bagi negara-negara Asia Tenggara untuk merealisasikan buat pertama kali menjadi tuan rumah kepada kejohanan berprestij bola sepak Piala Dunia 2034.

Naib Presiden Persekutuan Bola Sepak Indonesia, Joko Driyono berkata, negara berkenaan telah mencadangkan untuk mengetuai konsortium tersebut pada pertemuan Persekutuan Bola Sepak Asia yang berlangsung di Vietnam awal bulan ini.

“Keputusan itu akan diumumkan secara rasmi pada pertemuan di Bali September depan,” kata Driyono kepada AFP.

Driyono berkata, usaha untuk mendapatkan hak sebagai tuan rumah kejohanan itu merupakan satu cita-cita besar sebab itu ia membabitkan konsortium negara-negara ASEAN dan mempunyai tempoh 17 tahun untuk membuat persiapan dengan tarikh tutup permohonan adalah pada 2026.

Berikutan keadaan faktor geografi dan kemudahan asas, hanya dua atau tiga buah negara sahaja daripada 10 buah negara mempunyai kemampuan menjadi tuan rumah bersama, kata Driyano.

Beliau percaya, bidaan itu akan membangkitkan semangat negara-negara rantau ini untuk memperbaiki prestasi bola sepak masing-masing.

“Kini tiba masa Asia Tenggara menjadi tuan rumah Piala Dunia, dan pembangunan progresif Asia dan Asia Tenggara khususnya memberi keyakinan kepada kami,” kata Driyono. – AFP

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here