SEORANG peguam mencadangkan agar undang-undang baharu digubal untuk memastikan hanya individu yang benar-benar layak dianugerahkan pingat dan darjah kebesaran dari Istana.

Pengasas dan bekas presiden HartaGuam, Salkukhairi Abd Sukor berkata terdapat banyak kes jenayah dilakukan oleh individu yang mendapat gelaran Istana sehingga penerima gelaran tersebut tidak lagi dihormati masyarakat.

Namun lebih buruk lagi ia merosakkan reputasi institusi beraja, katanya.

“Saya berpendapat sudah tiba masanya satu undang-undang khusus digubal untuk memastikan hanya mereka yang benar-benar layak sahaja dicadangkan untuk dianugerahkan pingat kebesaran oleh sultan, raja mahupun yang dipertua negeri (YDN).

“Kelayakan tersebut perlulah melihat kepada kriteria khusus sejauh manakah sumbangan sebenar penerima kepada masyarakat, agama bangsa dan negara,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, satu jawatankuasa bebas di peringkat negeri atau persekutuan perlu ditubuhkan untuk untuk memperhalusi nama setiap individu sebelum dianugerahkan pingat.

“Seandainya penerima pingat kebesaran ini disiasat atau didakwa terlibat dengan sesuatu kesalahan jenayah, pingat dan title tersebut secara otomatik digantung buat sementara waktu.

“Sekiranya diputuskan bersalah oleh mahkamah, pingat tersebut akan dilucutkan secara otomatik dan hendaklah dikembalikan,” katanya.

Selain itu, undang-undang itu juga boleh menetapkan untuk menggantung sesuatu pingat apabila seseorang individu disiasat polis.

Beliau juga mencadangkan agar had umur penerima pingat kebesaran hendaklah ditetapkan pada 45 tahun ke atas.

Tegasnya, pingat kebesaran tersebut bukanlah lesen untuk mana-mana penerimanya bertindak sewenang-wenang.

Sebaliknya, ia patut dijadikan dorongan kepada masyarakat untuk memberi sumbangan berguna, kata peguam itu lagi.

Beliau mengulas kejadian terbaru Khamis lalu, melibatkan seorang pengarah filem bergelar Datuk yang ditahan selepas menampar pegawai polis dan menyerang orang awam, serta positif dadah jenis ganja.

Pengarah yang juga pelakon berusia 36 tahun itu mengasari seorang pegawai polis dan menendang orang awam di dalam balai ketika membuat laporan mengenai satu kemalangan.

Nasihat Tun M kepada pelakon tanahair

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here