deepavali 2017

 

Sempena Deepavali 2017 , semakin banyak syarikat multinasional, peniagaan tempatan dan pengurusan kecil yang berkongsi sambutan ini menerusi iklan Deepavali.

Mari kita tonton 5 iklan Deepavali pilihan khas FMT Ohsem untuk tahun 2017!

Laddhu bola sepak Thanabalan oleh Kumpulan RHB

Bila seseorang personaliti sedang “hot” memang bertepatan pada masanya untuk menggunakan mereka sebagai penarik iklan. Tahun ini, pemain bola sepak Thanabalan serta aksi dan idea kreatif yang digunakan dalam iklan oleh kumpulan bank RHB ini sememangnya menjadi. Thumbs- up!

Thanabalan dipaparkan sedang meyediakan laddhu dengan buah kismis yang mana manisan itu kelihatan seperti miniatur bola sepak berwarna oren. Mengamalkan tradisi “memberi”, lelaki berjambang ini memberi kejutan kepada kenalan dengan memberikan manisan itu sebagai simbolik berkongsi kegembiraan.

Kredit: RHB Group

Hidang manisan dan makanan Deepavali dalam skrin oleh Hypp TV

Budak-budak zaman sekarang… bukanlah malas tetapi oleh kerana mereka ada pilihan yang lebih mudah, asal-usul dan tradisi diabaikan. Itulah yang cuba disampaikan oleh Hypp TV menerusi iklan Deepavali yang memapar elemen sindir tetapi sambil menasihat.

Ingat, bukan semua perkara boleh diselesaikan guna telefon pintar atau sepetik jari sahaja. Si ibu pula ambil giliran mengenakan anaknya itu dengan menghidang makanan kepada rakan anak menggunakan peranti pintar”tab”….

Kredit: Telekom Malaysia

Shopping Deepavali dari rumah, satu keluarga gembira!

Seiring dengan objektif utamanya iaitu menjual barangan secara talian menggunakan saluran televisyen, Go Shop juga mengambil kandungan kreatif yang sama dalam menyampaikan iklan Deepavalinya. Dengan memuatkan elemen drama yang dibikin secara berlebihan, khususnya reaksi muka ahli keluarga, iklan ini tentu sahaja menjadi!

Si suami terkejut melihat si isteri, ibu dan anak yang mengadu domba kerana tidak menang tangan membuat persediaan Deepavali. Apa lagi, si suami lakonan pelakon tempatan Tamil, Bala Ganapathi yang buntu mendapat ilham daripada rancangan televisyen Go Shop untuk membeli barangan elektrik rumah dan alat permainan untuk anak. Yeay!

Kredit: Shop at Go Shop

Kerana kita bersinar dengan cara berbeza

Walau apapun perbezaan kita, yang penting kita bersinar dengan baik demi kebaikan semua. Asasnya itulah mesej yang dibawa dalam iklan Deepavali Sentral Suites ini. Meriah, berwarna-warni, disertai semua golongan usia, seorang remaja dari sebuah keluarga doktor enggan mengikut jejak langkah ahli keluarganya menjadi doktor. Dia mahu jadi artis dan tentulah semua doktor dalam keluarga itu terkejut besar.

Di akhir iklan, watak remaja, Praba menyampaikan sebuah lagu indah sambil menyatupadukan keluarga untuk menerangi lampu-lampu yang ditempatkan di laman luar. Bila kediaman bercahaya, hati pun terang dan saling menerima.

Kredit: Sentral Suites

Petik jari, geleng kepala, tutup mata, dengar lagu ini!

Entahlah, itu sahaja feeling yang dapat digambarkan apabila 6 sekawan berbilang bangsa menyampaikan lagu Deepavali dalam bahasa Tamil. Apatah lagi bila diselitkan dengan muzik klasikal India dan barat dengan sempurna. Walaupun disampaikan secara bersahaja tetapi percayalah, ia dibawa dengan baik sekali oleh Kumpulan Colour of Voices yang sememangnya terkenal dengan lagu pelbagai bahasa mereka menjelang perayaan.

Lirik lagu ini semuanya mengenai sambutan Deepavali, daripada bunga api, kesatuan persaudaraan, merapatkan hubungan kekeluargaan, makanan dan manisan, kegembiraan dan keindahan cahaya lampu.

Kredit: Colour of Voices Official

Mari belajar mengenali budaya India, macha!

Syarikat insurans Prudential menghiburkan sambil mendidik. Menggunakan DJ radio dan pengacara, pelakon dan penyanyi terkenal, Anantha Rajaram, iklan ini banyak mengajar, khususnya mereka yang tidak tahu bahasa Tamil. Ya, kalau tonton video ini sahaja anda sudah cukup layak mendapat layanan istimewa di kedai makanan “daun pisang”.

Tak percaya?

Anantha dalam iklan ini mengajar beberapa perkataan Tamil yang banyak dikaitkan dengan suasana di restoran dan panggilan terhadap seseorang. Klip kedua pula serba sedikit mengenai amalan tradisi seperti perayaan dan gaya hidup yang diamalkan oleh bangsa India.
Menarik, tontonlah sendiri.

Kredit: PrudentialMY

-FMT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here