Ifa tersingkir awal pada konsert pertama AF2015. Seramai 12 barisan pelajar meneruskan pengajian mereka selepas konsert penentuan minggu lalu. Penyingkiran Ifa pada konsert pertama memberi kejutan apabila keputusan undian diumumkan malam tadi. Membawa lagu lama nyanyian Zaiton Sameon mungkin antara sebab Ifa mendapat undian terendah.

Bertemakan Cinta pada minggu kedua ini, para pelajar menyanyikan lagu-lagu cinta ada yang sedih, gembira dan tak kurang juga catchy. Adat pertandingan, ada persembahan yang memukau penonton dan tak kurang juga ada yang sedikit menghampakan.

Kecewa dan terkejut dengan keputusan undian pada malam ini, Ifa adalah pelajar pertama yang tersingkir antara 12 finalis pelajar AF2015. Membawa lagu lama nyanyian Zaiton Sameon, Kabut Serangkai Mawar mungkin antara sebab mengapa Ifa mendapat undian terendah pada malam itu.

Mungkin boleh dikatakan persembahan yang kurang memuaskan pada malam tadi adalah Rachel dan penonton di rumah memberikan pendapat mereka bahawa sepatutnya Rachel yang disingkirkan bukan Ifa. Namun, undian di tangan penonton.

Juri pada malam tadi terdiri daripada pelakon terkenal Rozita Che Wan, lagenda rock negara Amy Search dan nama yang tidak asing lagi dalam industri hiburan dan juga Akademi Fantasia iaitu Ramli MS. Masing-masing memberikan komen yang jujur dan juga membina untuk para pelajar terus lakukan yang terbaik untuk konsert akan datang.

Trending di tangga ketiga di laman Twitter dengan #AF2015 nampaknya rancangan realiti ini masih menjadi pilihan penonton bukan sahaja di rumah tetapi juga untuk hadir menyaksikan dan merasakan sendiri aura konsert AF2015 di Dewan Auditorium MBSA, Shah Alam.

 

Sumber: dengar.Era.FM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here