Peluang

CYBERJAYA — Impact Driven Enterprise Accreditation (IDEA) akan membolehkan sektor awam dan swasta mewujudkan impak menerusi aktiviti perolehan hari ke hari mereka dengan mewujudkan aliran modal lebih mampan dan peluang untuk meningkatkan taraf hidup golongan Bawah 40 (B40), kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata program IDEA, diilhamkan Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC), ialah inisiatif nasional dan perintis yang akan meletakkan sektor berkenaan sebagai pemacu impak dalam mewujudkan kerja, menyediakan barangan bersubsidi dan pemerkasaan ekonomi untuk rakyat.

Memberikan contoh perusahaan didorong oleh impak, Ali berkata Foodabox telah menggantikan hampir sejuta bekas makanan polisterin dengan bekas yang mudah terurai menggunakan model perniagaan inovatif dan Projek Picha, dimulakan oleh tiga wanita muda, ialah syarikat katering yang makanan mereka disediakan oleh golongan B40 (pendapatan isirumah bawah RM3,000 sebulan).

“Malaysia menempatkan ratusan perusahaan didorong oleh impak (IDEs). Secara kolektif mereka menjana pendapatan RM15 juta dan mewujudkan ratusan, jika tidak pun, ribuan kerja bagi golongan B40 serta impak terhadap alam sekitar secara berterusan.

“Saya ingin mengalakkan agensi-agensi kerajaan untuk memberikan keutamaan terhadap perusahaan didorong oleh impak yang berdaftar di bawah platform IDEA, MaGIC. Harapan saya agar IDEA akan alami pertumbuhan aktif,”katanya semasa melancarkan IDEA di MaGIC semalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here