Zlatan Ibrahimovic menandatangani kontrak baharu selama setahun bersama Manchester United.

Pemain berusa 35 tahun itu menjaringkan 28 gol dalam 46 penampilannya sebelum bergelut dengan kecederaan lutut yang serius ketika menentang Anderlecht pada aksi Liga Europa, April lalu.

Dia akan memakai jersi No 10 pada musim keduanya di Old Trafford.

Bekas penyerang Paris Saint Germain (PSG) itu akan kembali memperkuat United menjelang pertemuan menentang Tottenham pada aksi Liga Perdana Inggeris, 28 Oktober ini.

“Saya kembali untuk menamatkan apa yang saya mulakan. Ia sentiasa milik saya dan niat kelab untuk melihat saya kekal.

Ibrahimovic

“Saya tidak sabar untuk kembali ke Old Trafford. Saya juga tahu saya memerlukan masa untuk memastikan saya bersedia.

“Saya sentiasa berusaha keras dan akan memastikan saya berada pada tahap terbaik untuk kembali ke padang,” katanya.

Ibrahimovic dilepaskan pada tahun terakhir kontraknya tetapi menjalani proses pemulihan sejak beberapa bulan lalu.

Terdahulu Jose Mourinho memberi bayangan bahawa Ibrahimovic boleh kembali menyarung jersi United.

“Kami berbangga Zlatan dalam proses untuk pulih dan kami turut teruja melihatnya kembali memperkuat pasukan,” kata Mourinho. – Mstar Online

SHARE
Previous articleMalaysia Terus Unggul Dalam Sukan SEA
Next articlePAS Bertanding Menentang Wan Azizah, Azmin dalam PRU14
Berketurunan Melayu Jawa tetapi tidak boleh berbahasa jawa. Merupakan seorang peminat masakan jawa lebih-lebih lagi tempe dan nasi pecel lele. Juga merupakan peminat tegar kepada pasukan bola sepak Barcelona FC. Visca El Barca!!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here