Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan, Husam Musa menerima dengan hati terbuka penarikan balik darjah kebesaran yang dikurniakan Sultan Muhammad V kepadanya yang membawa gelaran Datuk.

Husam berkata, dia mendapat surat mengenai penarikan darjah kebesaran itu petang semalam daripada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat.

“Sebagai rakyat Kelantan saya menjunjung kasih dan taat setia kepada Sultan Kelantan dan tidak merasa ralat di atas penarikan darjah kebesaran itu.

“Penarikan balik darjah kebesaran ini berhak atas perkenan Baginda dan saya menerimanya dan menurut perintah,” katanya kepada media di sini hari ini.

Husam berkata, setakat ini dua darjah kebesaran yang dikurniakan Sultan Kelantan termasuk gelaran Pelantikan Ahli Yang Kedua (Dato Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D.J.M.K) (Al-ismaili II) turut ditarik balik.

“Orang ramai dan penyokong juga perlu menerima keputusan ini dengan hati terbuka.

“Walau bagaimanapun saya akan teruskan perkhidmatan politik seperti biasa dan menjalankan amanah untuk rakyat, ” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here