JAKARTA – INDONESIA. Hujan lebat dan kabus tebal melambatkan usaha memindahkan 54 mayat mangsa yang maut dalam nahas pesawat penumpang milik syarikat penerbangan Trigana Air Service di wilayah Papua, Indonesia.

Pengarah Agensi Mencari dan Menyelamat Kebangsaan (Basarnas) Henry Bambang Soelistyo memberitahu, pihaknya menghadapi kesukaran mengeluarkan mayat mangsa dari tapak nahas berikutan faktor cuaca.

“Hujan lebat dan jarak penglihatan yang lemah menghalang usaha menyelamat dan jika cuaca buruk berterusan, proses pemindahan akan dilakukan dengan berjalan kaki,” katanya.

Pihak berkuasa melaporkan, kesemua mayat ditemui dan dijadual diterbangkan ke Hospital Bhayangkara di Jayapura untuk bedah siasat dan mengenal pasti identiti mangsa. – IBTimes

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here