Tuesday, June 19, 2018
Home News Entertainment Hubungan Aurel dan Kris Dayanti kembali Mesra

Hubungan Aurel dan Kris Dayanti kembali Mesra

1
315

Hubungan Krisdayanti (KD) dengan anak kandungnya, Aurel yang panas sejak kebelakangan ini kembali ‘sejuk’ selepas ibu tiri Aurel, Ashanty memainkan peranan mempertemukan kedua-dua mereka di Jakarta baru-baru ini.

Hubungan panas itu kembali reda apabila KD dan Aurel sanggup membuang ego bagi mengembalikan semula hubungan yang retak sejak beberapa minggu lalu.

Dalam pertemuan itu, kelihatan kedua-duanya saling berpelukan. Malah gambar yang dikirim Ashanty melalui Instagram menunjukkan kemesraan di antara dua keluarga yang sememangnya kerap renggang iaitu di antara Anang Hermansyah, Ashanty, Azriel, KD dan Raul Lemos yang bergambar bersama.

Pertemuan itu disambut dengan sayu oleh para peminat kedua-dua keluarga tersebut dan berharap hubungan anak dan ibu dalam keluarga itu terus harmoni dan jauh daripada konflik.

Ashanty dilaporkan berasa sangat bahagia dengan momen tersebut. Meskipun berstatus ibu tiri kepada Aurel dan Azriel, namun Ashanty berusaha keras agar Aurel kembali menjalin hubungan harmoni dengan ibunya.

“Senang lihat mereka bertemu,” tulis Ashanty dalam kapsyen foto Aurel dan KD yang dikirimnya dalam akaun akaun Instagram @ashanty_ash pada Selasa lalu.

Status Instagram itu mendapat pujian ramai dan semua komen-komen yang ditulis memuji sikap keibuan Ashanty yang ikhlas mahu mendamaikan Aurel dengan KD.

“Izinkan saya mengambil sedikit saja sifat keibuan kakak @ashanty_ash? Sangat sulit ditemukan perempuan seperti anda kk…saya salut banget,” ujar akaun @roulina_vriskyla_manaloe.

Anang Hermansyah turut tidak ketinggalan mendapat pujian. Meskipun media kerap menulis cerita seolah-olah wujud konflik di antara Anang dengan Raul Lemos, namun Anang menunjukkan kematangannya dengan bergambar bersama KD dan Raul Lemos.

Dalam pada itu, meskipun berstatus ibu tiri, hubungan Ashanty dengan anak-anak KD daripada pernikahan bersama Anang Hermansyah iaitu Aurel dan Azriel lebih rapat berbanding hubungan mereka dengan ibu kandung.

Kedua-dua buah hati KD dan Anang itu bahkan menganggap Ashanty seperti ibu kandung mereka.

Sumber: Utusan

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here