Skuad Harimau Malaya meraih satu mata pada perlawanan Kelayakan Piala Asia 2019 selepas aksi seri 1-1 ke atas Hong Kong di Stadium Hang Jebat, Melaka pada Selasa malam.

Skuad bimbingan Eduardo Vingada itu gagal memanfaat peluang mencari gol kemenangan di hadapan penonton sendiri biarpun berjaya menyamakan kedudukan selepas pemain Hong Kong Alessandro Ferreira Leonardo membuka jaringan pada minit ke-53.

Gol penyamaan negara dilakukan pemain tengah Mohd Syazwan Zainon tiga minit selepas itu.

Bagaimana pun, lebih mengecewakan lagi apabila permainan dicemari dengan insiden layangan dua kad merah kepada pemain negara, Mohd Rizal Ghazali (m-89) dan Mohamad Aidil Zafuan pada masa kecederaan sekaligus pihak lawan menerima sepakan penalti.

Pun begitu, pujian harus diberikan kepada penjaga gol negara, Muhammad Hafizul Hakim yang bertindak cemerlang menyelamatkan sepakan penalti tersebut sebelum wisel akhir permainan dibunyikan oleh pengadil dari Australia, Christopher Beath.

Dengan keputusan tersebut, ia menyukarkan lagi skuad Harimau Malaya untuk meraih tiket kelayakan selepas tewas kepada Lubnan pada aksi pertama sebelum ini dan bakal bertemu Korea Utara pada saingan terakhir bagi aksi Kumpulan B.

Manakala Hong Kong meraih dua mata keseluruhan dalam tiga pertemuan termasuk bertemu Lubnan dan Korea Utara sebelum ini. – MStar Online

SHARE
Previous articleGST, Jualan Murah Dan Harga Barang
Next article40 Pingat Emas Sasaran Sukan Para Asean Ke-9
Berketurunan Melayu Jawa tetapi tidak boleh berbahasa jawa. Merupakan seorang peminat masakan jawa lebih-lebih lagi tempe dan nasi pecel lele. Juga merupakan peminat tegar kepada pasukan bola sepak Barcelona FC. Visca El Barca!!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here