hoki

Perubahan taktikal dan strategi yang diterapkan Stephen Van Huizen menjadi dan membolehkan Malaysia mengutip mata penuh menewaskan Korea Selatan 1-0 dalam Liga Hoki Dunia 3 di London yang sedang rancak berlangsung ketika ini.

Memperlahankan rentak permainan dan tidak bermain secara terbuka dalam dua suku pertama berjaya merencatkan momentum Korea yang gemar bermain pantas serta serangan balas yang berkesan.

Dalam dua suku pertama dengan taktikal sebegitu walaupun Malaysia kurang melakukan ‘circle penetration’ serta tidak mendapatkan sebarang pukulan sudut penalti, yang penting Malaysia juga tidak membenarkan Korea dapat melakukan sebarang jaringan.

Walaupun beberapa kali membenarkan lawan melakukan percubaan ke arah gol dan memberikan pukulan sudut penalti, namun penjaga gol, S. Kumar, berada dalam ‘form’ yang terbaik.

Seperti dijangka, sebaik sahaja permulaan suku ketiga, Malaysia yang mula mempertingkatkan tempo permainan dan menunjukkan kesegeraan yang tinggi, berjaya melakukan beberapa ‘circle penetration’ dan berjaya menjaringkan gol menerusi Razie Rahim daripada pukulan sudut penalti.

Selepas itu, walaupun ditekan oleh Korea, komitmen dan displin bertahan pemain-pemain kita tidak boleh dipertikaikan.

Kredit harus diberikan kepada Kumar yang beberapa kali menyelamatkan gawang gol daripada dibolosi. Jika tidak kerana ketangkasannya, pasti Korea berjaya menjaringkan gol penyamaan, terutama menerusi pukulan sudut penalti yang mereka perolehi beberapa kali.

Begitupun, kad-kad mudah yang dikutip oleh pemain-pemain Malaysia harus dielakkan. Tiga kad kuning dan satu kad hijau terlalu banyak di pentas beaar sebegini.

Jika dikira 17 minit sekurang-kurangnya pasukan negara beraksi dengan kekurangan seorang pemain. Ada satu ketika, kita bermain dengan sembilan pemain sahaja apabila Razie dan Faiz Helmi Jali berada di ‘sin bin’ untuk kad kuning.

Tahniah Stephen. Tahniah Malaysia kerana berjaya mencerahkan peluang ke Piala Dunia. Kini China menanti dalam perlawanan terakhir. Jangan menunggu nasib kita ditentukan oleh Korea dan England yang berlangsung selepas perlawanan Malaysia-China.

Kita tentukan sendiri nasib kita dengan sekurang kurangnya seri dengan China. Jika kita biar pasukan lain yang tentukan nasib kita, kebiasaannya kita akan gigit jari.

All The Best!

Kredit : Mirnawan Nawawi @ Stadium Astro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here