Hitler

HARI ini, tanggal 2 Ogos kira-kira 83 tahun yang lalu, pemimpin agung Nazi Jerman, Adolf Hitler mengisytiharkan dirinya sebagai pemerintah mutlak dengan gelaran Fuhrer (Pemimpin).

Hitler yang pada ketika itu merupakan Chancellor Jerman membuat pengisytiharan ini hanya beberapa jam selepas kematian Presiden Paul von Hindenburg. Dengan pengisytiharan itu juga, pasukan tentera Jerman mengangkat sumpah taat setia kepada pemerintah tertinggi mereka, Hitler, sekaligus meranapkan sama sekali sisa pentadbiran demokrasi di negara tersebut.

Mengenali Hitler

Hitler dilahirkan pada 1889 di Braunau am Inn, Austria. Ketika membesar sebagai anak muda, Hitler begitu bercita-cita menjadi seorang artis ataupun pelukis, namun cita-cita itu tidak kesampaian lantaran penerimaan hasil karyanya yang tidak memberansangkan. Lebih menyedihkan, Hitler pada waktu remajanya hidup dalam kemiskinan di Vienna.

Dipendekkan cerita, pada 1913, Hitler kemudiannya berpindah ke bandar Munich di Bavaria, Jerman di mana setahun selepas penghijrahannya itu, Hitler telah pun menempatkan dirinya sebagai salah seorang tentera Jerman dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918). Keberanian dan semangat yang ditunjukkan Hitler di medan perang membawa kepada penghargaan tinggi (Iron Cross) yang diberikan oleh kerajaan Jerman pada ketika itu.

Keberanian yang ditunjukkan Hitler sepanjang Perang Dunia Pertama ini termasuklah ketika menyelamatkan rakan sepasukan dan yang paling diingati adalah ketika dia secara berseorangan menawan sekumpulan tentera Perancis yang sedang dalam persembunyian sewaktu Jerman dalam fasa terakhir serangan di bahagian Barat Perancis.

Pada Oktober 1918, Hitler dan beberapa orang lagi rakan sepasukannya telah menghadapi serangan gas oleh tentera British berhampiran Ypres, Belgium. Akibat daripada serangan ini, Hitler dan rakan-rakan sepasukannya buta (tidak kekal). Setelah menerima rawatan awal, sebahagian mereka kemudiannya dimasukkan ke hospital di Qudenaarde, Brussels sementara Hitler pula akhirnya dibawa ke sebuah hospital tentera di Pasewalk, berhampiran sempadan Jerman-Poland.

Pengakhiran Perang Dan Kemarahan Hitler

Ketika Jerman menyerah kalah pada November 1918, Hitler pada ketika itu masih lagi menerima rawatan di hospital. Kekalahan Jerman dalam peperangan tersebut bukan sahaja sukar diterima, malah ia membawa kepada kekecewaan emosi yang amat sangat kepada Hitler.

Situasi ini tidaklah sukar difahami. Mengambil kira faktor kehidupan di usia remajanya yang penuh dengan kepayahan, tidak hairanlah Hitler begitu bergantung kepada khidmatnya sebagai tentera di mana persekitaran tersebut sudah dianggap sebati dengan kehidupannya.

Untuk kembali kepada kehidupan seorang awam adalah sesuatu yang tidak pernah difikir dan dijangkakan Hitler. Pada beliau, kehidupan tersebut tiada arah tuju dan tidak menjamin sebarang prospek pekerjaan yang stabil.

Justeru, kekalahan ini memberi satu kesan yang besar ke atas pandangan Hitler dalam banyak perkara, terutamanya kepercayaan politik. Ramai nasionalis dan golongan konservatif berpendapat bahawa kekalahan Jerman dalam Perang Dunia Pertama bukanlah kekalahan di medan perang, tetapi ianya adalah kekalahan yang berpunca daripada pengkhianatan dari dalam.

Hitler Dan Anti-Semitisme

Secara khususnya, pengkhianatan ini ditujukan kepada golongan sosialis dan komunis dengan sebahagian besar golongan ini terdiri daripada orang Yahudi walaupun pada hakikatnya lebih daripada 100,000 tentera Jerman dan Austria yang terlibat dalam perang pada ketika itu adalah berbangsa Yahudi.

Pasca Perang Dunia Pertama, Hitler menjadi seorang yang sangat berpengaruh lantaran kepetahannya berucap sekaligus menyemarakkan kembali semangat dan moral penduduk Jerman. Dalam ucapannya, seringkali Hitler membawa idea dan propaganda anti-Yahudi dan strategi ini nyata sangat berkesan dan diterima luas oleh hadirin yang datang dan mendengar sendiri ucapannya.

Bagi Hitler, Yahudi bukan sahaja bertanggungjawab ke atas kekalahan Jerman, malah mereka juga merupakan kelompok yang mengekang kebangkitan semula negara tersebut.

Sejarah kehidupannya di Vienna juga sedikit sebanyak menyemarakkan rasa anti-Semitik dalam diri Hitler. Seperti yang telah disebutkan, cita-cita Hitler untuk menjadi seorang artis tidak kesampaian lantaran penerimaan yang mengecewakan di bandar tersebut.

Sebelum bermulanya Perang Dunia Pertama, populasi Vienna dianggarkan berjumlah dua (2) juta orang dengan kira-kira sembilan (9) peratus daripadanya adalah berbangsa Yahudi. Biarpun jumlah tersebut tidak pun sampai 10 peratus, iklim sosial di sana pada ketika itu memang tidak langsung menyebelahi orang Yahudi.

Tiada langsung sekatan dibuat ke atas mana-mana propaganda anti-Semitik, malah begitu banyak akhbar dan majalah yang mempromosikan idea anti-Yahudi pada ketika itu. Sebagai seorang yang membesar di bandar tersebut, Hitler ternyata begitu dipengaruhi sentimen ini.

Rasa benci Hitler terhadap Yahudi turut dijelaskan dengan lebih mendalam dalam magnum opus yang dikarangnya sewaktu menjalani tahanan penjara selama 10 bulan, Mein Kampf. Karya ini banyak menceritakan sentimen anti-Yahudi dan teori-teori berkenaan ketuanan bangsa Jerman.

Melalui Mein Kampf, Hitler dengan jelas menyatakan sokongannya kepada teori-teori bangsa dan Lebensraum (ruang hidup dan berkembang) untuk orang dan bangsa Jerman. Menurut Hilter, bangsa Jerman perlu berjuang untuk penguasaan di Eropah jika tidak mahu berdepan dengan kemusnahan.

Oleh itu, Hitler melihat semua orang yang tidak mempunyai keupayaan normal, mempunyai kecenderungan seksual yang songsang atau pun yang berbangsa asing sebagai kumpulan yang diperlu dihapuskan daripada populasi Jerman yang sedia ada. Berdasarkan doktrin bangsa ini, Hitler tegas berpandangan bahawa Yahudi merupakan bangsa inferior yang sedang meracuni Jerman. Oleh itu, kelompok ini tidak selayaknya hidup bersama-sama dengan komuniti Jerman.

Membicarakan rasa anti-Semitik dalam diri Hitler sebenarnya agak unik dan kompleks. Menyingkap sedikit kisah silamnya, doktor peribadi yang merawat ibu Hitler merupakan seorang Yahudi. Malah, turut diceritakan sewaktu Hitler mengalami kepayahan hidup di Vienna dalam keadaan gelandangan dan tiada tempat tinggal sewaktu musim sejuk, seorang Yahudi lah yang datang dan memberikan sehelai selimut untuk kegunaan Hitler.

Ini sedikit sebanyak menjelaskan bahawa sejarah Hitler dengan Yahudi bukan semuanya buruk. Justeru, di sana tentu ada sebab mengapa Hitler begitu anti-Yahudi sehingga membawa kepada berlakunya Holocaust sekitar tahun 1941-1945.

Namun, melihat kepada tindak tanduk Yahudi Zionis mutakhir ini, setidak-tidaknya kita boleh bersetuju dan menyerap apa yang pernah dirasakan Hitler dan bangsa Jerman; pengkhianatan.

Itulah sifat yang mereka warisi sejak ribuan tahun dahulu. Persoalan mengapa masih ramai yang mengimpikan keamanan melalui perjanjian damai dengan bangsa ini sememangnya sukar untuk kita hadam dan faham.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here