Himpunan Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi walaupun berjaya menarik sokongan terhadap Pakatan Harapan, namun gagal menawan hati generasi muda.

Penganalisis Politik, Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata, isu cukai barang dan perkhidmatan (GST), 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dibawa pada himpunan itu tidak dekat di hati Generasi Y (Gen-Y)

Beliau berkata, sebaliknya isu peluang pekerjaan dan pemilikan kediaman merupakan dua isu yang perlu diperjuangkan kerana ia begitu dekat dengan masalah dihadapi Generasi Y ketika ini.

“Apa sahaja isu yang cuba dibawa Pakatan Harapan, ia perlu relevan kepada generasi muda.

“Ini penting kerana Gen-Y penentu keputusan pilihan raya. Tanpa sokongan orang muda, Pakatan Harapan sukar capai kemenangan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here