Lleyton Hewitt terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada Terbuka Amerika Syarikat dengan penuh emosi selepas disingkir pada pusingan kedua oleh rakan senegara dari Australia Bernard Tomic, awal pagi tadi.

Pemain memiliki identiti memakai kap terbalik itu tewas lima set pada perlawanan terakhir di gelanggang kejuaraan memberikannya gelaran pertama Grand Slam.

Dia bangkit bermain rali selepas ketinggalan merampas dua mata penamat di set kelima tetapi gagal memanfaatkan peluang tunduk 6-3, 6-2, 3-6, 5-7, 7-5 dalam perlawanan selama tiga jam 27 minit.

“Dia pemain legenda yang besar buat saya,” kata Tomic.

“Saya sentiasa mendapatkan pandangannya. Sukar menentangnya. Ia mencetus emosi buat saya.

“Ramai orang menganggapnya legenda hebat dan saya terharu dapat bertarung dengannya (Hewitt).”

Sumber: HarianMetro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here