Bayer Leverkusen telah mengisi kekosongan yang ditinggalkan Song Heung-Min dengan membeli pemain kelahiran Mexico dari Kelab Gergasi EPL Manchester United, Javier Hernandez.

“Perpindahan ini akan berupaya menyesuaikan skuad kami dengan cabaran lebih besar dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

“Selepas melepasi saingan peringkat kumpulan (Liga Juara-Juara Eropah) kami mahu mencipta sejarah bersama Javier Hernandez,” kata Ketua Eksekutif Leverkusen, Michael Schade dalam satu kenyataan pada Isnin.

Nilai perpindahan tersebut tidak didedahkan kepada media tetapi ia dipercayai bernilai 13 juta euro (RM61.21 juta).

Hernandez, 27, menyertai United pada 2010 tetapi dipinjamkan ke Real Madrid pada musim lalu.

Dia akan kekal bersama kelab Bundesliga itu sehingga 2018.

Leverkusen menewaskan Lazio dengan agregat 3-1 untuk mara ke saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.

Kelab itu akan bertemu Barcelona, AS Roma dan BATE Borisov.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here