TINGGAL enam hari sahaja lagi negara kita akan menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia 2016. Seperti kelaziman, pelbagai acara telah dirancang di seluruh Malaysia bagi menyambut serta meraikan tarikh keramat Malaysia bebas daripada cengkaman penjajah. Antara program yang akan mewarnai bulan kebangsaan dan Hari Malaysia mulai Julai sehingga Oktober termasuklah pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang, program [email protected], Doa Untuk Malaysia, Kayuhan Sehati Sejiwa, Karnival Merdeka, dan Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2016 dan Sambutan Hari Malaysia 2016.

Mungkin tidak ramai yang tahun bahawa tema, logo dan lagu sambutan masih dikekalkan untuk tahun 2016. Penggunaan nama ‘Hari Kebangsaan’ sebagai panggilan rasmi juga dikekalkan dan ianya tidak lagi disambut berdasarkan bilangan ulang tahun kemerdekaan Malaysia. Tema #sehatisejiwa juga yang telah dikekalkan sebagai tema Hari Kebangsaan tahun ini. Ini amat bersesuaian kerana ia jelas mencerminkan roh kekitaan, kesepaduan, kesefahaman dan keharmonian seluruh rakyat di negara ini.

KEBANGSAANTahun ini juga telah melihat Malaysia mengecapi pelbagai kejayaan dan pencapaian yang amat membanggakan di peringkat nasional dan antarabangsa. Pencapaian kontijen Olimpik Malaysia meraih 5 pingat: 4 perak dan 1 gangsa pada temasya Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil itu merupakan pencapaian terbaik Malaysia dalam sejarah penyertaan negara dalam temasya tersebut. Tidak lupa juga kejayaan Malaysia baru-baru ini dalam membantu merialisasikan Fasa Pelaksanaan Perjanjian Damai Mindanao dalam proses damai antara Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

Namun demikian, media massa dan laman sosial telah dibanjiri dengan pelbagai isu-isu dan komen yang bertujuan memecah belahkan perpaduan dan keharmonian masyarakat masa kini. Tidak dinafikan Malaysia telah menjadi perhatian dunia atas sebab-sebab yang tidak sepatutnya. Namun begitu, kita sebagai rakyat Malaysia harus sedar bahawa kemajuan dan keharmonian yang dikecapi kini adalah hasil dari titik peluh dan pengorbanan pemimpin dan rakyat Malaysia yang terdahulu, tanpa mengira bangsa, kaum mahupun agama.

kebangsaanAdakah wajar keamanan yang dinikmati kini dicemari dengan sentimen-sentimen perkauman dan anti-Malaysia yang dilaungkan di ceramah-ceramah dan perhimpunan jalanan? Perlukah semua perkara dan isu diperbesarkan dan dipolitikkan untuk kepentingan orang-orang tertentu? Akhirnya, segala nikmat yang dikecapi kini tergadai begitu sahaja.

Masyarakat Malaysia telah mengamalkan budaya saling menghormati dan bertoleransi antara berbilang kaum yang telah dipupuk sebelum merdeka lagi. Malahan, ianya telah dijadikan sebagai contoh terbaik di dunia dimana kepelbagian agama dan etnik yang hidup dalam keadaan harmoni dan aman damai tanpa ada persengketaan.

Kita perlu mengambil iktibar dari kejayaan skuad Olimpik Malaysia kerana berjaya menyatupadukan semua lapisan masyarakat melalui platform sukan. Malaysia memerlukan lebih banyak “feel good factor” untuk mengingatkan kita bahawa kita semua adalah warga Malaysia yang bangga dengan negara kita.

Zainol Reza Othman adalah salah seorang penganalisis politik bebas dan pembaca Malaysian Access. Artikel yang ditulis adalah pandangan peribadi beliau dan ia tidak mempunyai kaitan dengan Malaysian Access.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here