Harga petrol RON95 dan RON97 terus menunjukkan trend menaik yang bermula sejak 6 Julai atau 10 minggu lalu.

Untuk minggu mendatang, mulai jam 12.01 tengah malam ini, RON95 dan RON97 akan dijual 4 sen lebih mahal.

Harga runcit baru RON95 ditetapkan pada RM2.20 seliter manakala RON97 pula RM2.48 seliter.

Diesel pula akan dijual pada harga RM2.05 (naik 1sen).

Harga minyak naik hampir setiap minggu sejak 6 Julai lalu.

Dalam tempoh itu, perubahan harga tidak berlaku hanya dua kali, iaitu pada 20 Julai dan 24 Ogos.

Harga minyak diumumkan setiap Rabu.

Ia kini ditetapkan secara mingguan berdasarkan kedudukan harga Means of Platts Singapore (Mops) serta kekukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat pada minggu terdahulu.

Mekanisme baru ini diperkenalkan sejak April lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here