SEJAK 20 Mac 2017, harga bahan api di pam minyak ditetapkan setiap minggu bukan lagi secara bulanan seperti amalan yang dimulakan pada Disember 2014.

Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan penetapan harga bulanan secara pengapungan terkawal dengan mengguna pakai formula Mekanisme Harga Automatik (APM) yang telah ditetapkan sejak 1983.

Penetapan harga secara pengapungan terkawal bulanan juga telah bermula dari Disember 2014 sehingga Mac 2017.

Sejak harga minyak secara mingguan dilaksanakan oleh kerajaan, pelbagai pandangan pro dan kontra diberikan oleh orang ramai berhubung penetapan harga secara mingguan.

Isu sama ada harga itu kekal, naik atau turun bergantung juga kepada harga minyak dunia setiap hari. Jangan pula terlalu mengharapkan penurunan setiap minggu.

Tetapi jika harga minyak turun, bukan sahaja respon positif malah negatif diberikan oleh rakyat. Jika minyak naik, mengapa langsung tiada positifnya?

Persoalannya, kenapa rakyat hanya melihat kenaikan harga minyak secara mingguan semata-mata?

Kenapa tidak dilihat secara keseluruhannya sejak penetapan harga secara mingguan dilaksanakan oleh kerajaan?

Berikut merupakan harga minyak RON95 selepas diumumkan secara mingguan.

1. 30 Mac Hingga 5 April 2017
*RON95 : Turun 17 sen ke RM2.13 seliter (Harga sebelum RM2.30 seliter)

2. 6 hingga 12 April 2017
*RON95 : Naik 3 sen @ RM2.16 seliter (RM2.13 seliter)

3. 13 hingga 19 April 2017
*RON95 : Naik 8 sen @ RM2.24 seliter (Harga sebelum RM2.16 seliter)

4. 20 hingga 26 April 2017
*RON95 : Naik 3 sen @ RM2.27 seliter (Harga sebelum RM2.24 seliter)

5. 27 April hingga 3 Mei 2017
*RON95 : Turun 6 sen @ RM2.21 seliter (Harga sebelum RM2.27 seliter)

6. 4 Mei Hingga 10 Mei 2017
*RON95 : Turun 10 sen @ RM2.11 seliter (Harga sebelum RM2.21 seliter)

7. 11 Mei Hingga 17 Mei 2017
*RON95 : Turun 10 sen @ RM2.01 seliter (Harga sebelum RM2.11 seliter)

8. 18 Mei Hingga 24 Mei 2017
*RON95 : Naik 7 sen @ RM2.08 seliter (Harga sebelum RM2.01 seliter)

9. 25 Mei Hingga 31 Mei 2017
*RON95 : Naik 4 sen @ RM2.12 seliter (Harga sebelum RM2.08 seliter)

10. 1 Jun Hingga 7 Jun 2017
*RON95 : Turun 2 sen @ RM2.10 seliter (Harga sebelum RM2.12 seliter)

11. 8 Jun Hingga 14 Jun 2017
*RON95 : Turun 5 sen @ RM2.05 seliter (Harga sebelum RM2.10 seliter)

12. 15 Jun Hingga 21 Jun 2017
*RON95 : Turun 7 sen @ RM1.98 seliter (Harga sebelum RM2.05 seliter)

13. 22 Jun Hingga 28 Jun 2017
*RON95 : Turun 7 sen @ RM1.91 seliter (Harga sebelum RM1.98 seliter)

14. 29 Jun Hingga 5 Julai 2017 (Harga Minyak Terkini)
*RON95 : Turun 2 sen @ RM1.89 seliter (Harga sebelum RM1.91 seliter)

15. 6 Julai Hingga 12 Julai 2017
*RON95 : Naik 4 sen @ RM1.93 seliter (Harga sebelum RM1.89 seliter)

16. 13 Julai Hingga 19 Julai 2017 (Harga Terkini Petrol)
*RON95 : Naik 4 sen @ RM1.97 seliter (Harga sebelum RM1.93 seliter)

17. 20 Julai Hingga 26 Julai 2017
*RON95 : Kekal @ RM1.97 seliter (Harga sebelum RM1.97 seliter)

18. 27 Julai Hingga 2 Ogos 2017
*RON95 : Naik 6 sen @ RM2.03seliter (Harga sebelum RM1.97 seliter)

19. 3 Ogos Hingga 9 Ogos 2017 (Harga Minyak Terkini Minggu Sebelum)
*RON95 : Naik 4 sen @ RM2.07 seliter (Harga sebelum RM2.03 seliter)

20. 10 Ogos Hingga 16 Ogos 2017
*RON95 : Naik 5 sen @ RM2.12 seliter (Harga sebelum RM2.07 seliter)

21. 17 Ogos Hingga 23 Ogos 2017
*RON95 : Naik 3 sen @ RM2.15 seliter (Harga sebelum RM2.12 seliter)

22. 24 Ogos Hingga 30 Ogos 2017
*RON95 : Kekal @ RM2.15 seliter (Harga sebelum RM2.15 seliter)

23. 31 Ogos Hingga 6 September 2017
*RON95 : Naik 1 sen @ RM2.16 seliter (Harga sebelum RM2.15 seliter)

24. 7 September Hingga 13 September 2017 (Harga Minyak Minggu Ini)
*RON95 : Naik 4 sen @ RM2.20 seliter (Harga sebelum RM2.16 seliter)

Jika dilihat daripada purata keseluruhannya, jumlah penurunan harga minyak RON95 dari 29 Mac hingga 13 September lalu adalah 61 sen.

Kenaikan harga minyak RON95 untuk tempoh sama adalah 52 sen.

Apakah maksudnya itu?

Maksudnya adalah perbezaan harga minyak sejak 29 Mac 2017 hanya 10 sen dan jumlah kenaikan belum pun melebihi jumlah penurunan.

Seharusnya orang ramai melihat kepada keseluruhannya dan bukan hanya melihat harga secara mingguan dan terus membuat perbandingan.

Apa yang penting, rakyat dapat memahami keadaan sebenar mengenai kedudukan harga bahan api ini. Harus diingat bahawa kenaikan dan penurunan tidak dapat dielakkan walaupun dalam julat yang rendah antara 5 sehingga 10 sen.

Penetapan harga masih berdasarkan harga minyak mentah dunia.

Kerajaan pastinya akan cuba melakukan yang terbaik untuk kepentingan pengguna dan ekonomi negara. Apa yang diharapkan, kerajaan akan berusaha mengawal dan menetapkan harga sekiranya ia melebihi kemampuan rakyat.

Rakyat juga perlu realistik dalam membuat penilaian dan komen.

Jangan mudah hentam kromo dan menyalurkan kemarahan di media sosial tanpa berfikir, tidak teliti dan main tangkap muat semata-mata.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here