Harapan Terengganu kini menghadapi pergolakan dalam isu pengagihan kerusi DUN membabitkan beberapa kawasan. Menurut sumber dalaman PH, Parti Amanah tidak berpuas hati kerana diberikan kerusi yang sedikit berbanding parti PKR dan Bersatu.

Pergolakan ini tersasar daripada persetujuan yang telah diperoleh semasa konvensyen yang lalu. Parti Amanah mahukan lebih banyak kerusi bagi melawan PAS dan UNMO. Pada masa yang sama, BERSATU dilihat paling dominan dalam pembahagian kerusi DUN di Terengganu walaupun hakikatnya parti itu masih baru.

Namun, Pakatan Harapan Terengganu kini lebih focus melengkapkan jentera daripada menyelesaikan pembahagian kerusi. Hasil pembahagiaan 32 kerusi antara Amanah, Bersatu dan PKR masih tidak tercapai kerana gagal mendapat persefahaman yang memuaskan hati semua pihak.

Harapan mengumumkan Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) akan bertanding di Parlimen Besut, Hulu Terengganu dan Setiu, sementara PKR di parlimen Dungun dan Kemaman. Manakala AMANAH pula akan bertanding di parlimen Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here