Agenda perjumpaan Pakatan Harapan (Harapan) bersama duta negara Eropah (EU) ternyata sengaja menimbulkan spekulasi sekali gus mahu menjatuhkan Presiden Umno.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim menjelaskan, perjumpaan itu yang bertujuan untuk menggesa kerajaan melaksanakan pilihanraya umum ke-14 dengan adil adalah alasan tidak munasabah.

“Ini kerana setiap piliharaya umum mahupun kecil dilaksanakan badan berkecuali iaitu Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) dan bukan saja memfitnah BN malah menafikan ketelusan SPR selama ini.

“Mereka hanya mahu mensensasikan perjumpaan itu dengan membuat spekulasi kononnya kerajaan akan bertukar tangan. Spekulasi ini hanyalah tujuan untuk mewujudkan persepsi dan tekanan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya.

Irmohizam yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor turut menyifatkan gesaan pemimpin Harapan itu tidak logik kerana mempersoalkan ketelusan SPR.

“Adakah kemenangan Pakatan Harapan yang sebelum ini menguasai beberapa negeri pada pilihanraya umum ke-13 lalu disifatkan satu pilihanraya tidak adil?

“Semua ini hanyalah propaganda murahan yang menjadi irama baru Harapan. Sikap pemimpin Harapan ini langsung tidak berpaksikan kenyataan dan tidak dapat menerima hakikat wujudnya demokrasi yang telus di negara ini.

“Saya amat yakin rakyat tidak akan termakan dengan pembohongan mereka dan sedar bahawa hanya kerajaan BN sahajalah yang dapat memakmurkan negara untuk masa depan yang lebih gemilang,” katanya.-SINAR

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here