PAKATAN Harapan dijangka tidak akan menghadapi laluan sukar untuk terus menguasai kerusi parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada PRU14 akan datang.

Bagaimanapun, hasil analisis yang dibuat dalam China Press mendapati walaupun pembangkang mampu terus menguasai kerusi parlimen di kawasan ibu kota, namun pertikaian antara Pas dengan Harapan dijangka sedikit sebanyak akan menjejaskan majoriti undi yang bakal diraih oleh calon-calon Harapan.

Kawasan campuran seperti di Bandar Tun Razak, Batu, Wangsa Maju, Segambut malahan Lembah Pantai yang menjadi kawasan majoriti pengundi Melayu dijangka menjadi sasaran Umno untuk menggempur kawasan ini yang menjadi kubu kuat pembangkang selama ini.

Pada PRU lalu, daripada 11 kerusi parlimen yang dipertandingkan, pembangkang berjaya memenangi sembilan kerusi, masing-masing di Kepong, Cheras, Seputeh, Bukit Bintang, Segambut, Batu, Wangsa Maju, Lembah Pantai, Bandar Tun Razak. Manakala BN pula hanya memenangi dua kerusi iaitu di Setiawangsa dan Titiwangsa.

Seperti dalam beberapa kali PRU yang diadakan sebelum ini, isu nasional terus menjadi tumpuan warga kota. Isu seperti kes 1MDB, rasuah, GST, kenaikan kos hidup, jenayah dan sebagainya dijangka terus menjadi senjata utama oleh pembangkang untuk menyerang BN pada PRU akan datang.-SINAR

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here