perlembagaan

Pakatan Harapan (HARAPAN) telah menghantar draf perlembagaan gabungan parti pembangkang itu secara atas talian kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) hari ini.

Menurut Pengerusi HARAPAN Tun Dr Mahathir Mohamad, beberapa wakil pimpinan HARAPAN dijadual bertemu ROS bagi mengadakan perbincangan mengenai draf berkenaan pada pukul 3.30 petang tadi.

“Perlembagaan parti, kita telah sampaikan pada ROS melalui online atas kehendak ROS sendiri. Kita telah bersetuju dengan draf perlembagaan kita.

“Kita harap tak ada masalah, namun kalau ada pembetulan yang perlu dibuat atas arahan daripada ROS, kita bersedia untuk membuat pembetulan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di pejabat ketua pembangkang di parlimen.

Selain itu, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu memberitahu, gabungan pembangkang itu juga telah menubuhkan jawatankuasa pilihan raya yang terdiri daripada ketua pilihan raya daripada parti masing-masing.

Jawatankuasa pilihan raya itu akan diketuai oleh Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here