Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan pemansuhan tol akan dikuatkuasakan sekiranya Pakatan Harapan merampas ‘takhta’ pemerintahan daripada BN untuk penggal akan datang.

Janji itu disuarakan Ahli Majlis Pimpinan Tinggi Bersatu, Ulya Awamah Husamuddin menerusi 10 Tawaran Pemuda Harapan di Konvensyen Pemuda Harapan, di sini, hari ini.

“Kerajaan Pakatan Harapan akan memansuhkan GST dan tol, serta menstabilkan harga petrol bagi mengembalikan wang rakyat ke poket mereka.

“Kita juga akan melaksanakan Skim Kad Peduli di Selangor ke seluruh negara, dengan memberikan subsidi RM500 untuk khidmat kesihatan kepada seluruh rakyat dengan pendapatan isi rumah di bawah RM3,000,” katanya.

Menurut Ulya lagi, ia merupakan penambahbaikan ekonomi dan struktur itu boleh mengurangkan kos sara hidup rakyat.

“Kami juga akan memperkenalkan kad bulanan bernilai RM100 dengan penggunaan tanpa had untuk apa sahaja bentuk pengangkutan antara bandar.

“Ia bertujuan untuk membantu anak muda di negara ini,” katanya lagi.-SINAR

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here