tewaskan

SHAH ALAM – Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, kehebatan Mahathir selari juga dengan pepatah Inggeris yang bermaksud hanya permata boleh memotong permata.

“Beliau mampu melakukannya dengan menewaskan Umno walaupun berusia lebih 60 tahun, InsyaAllah.

“Amanah bersedia memberikan kepercayaan kepada Mahathir dalam konteks dan senario gawat negara kita pada hari ini,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Katanya, perkara sama turut dipersetujui parti PKR dan juga DAP.

“Kami saling mempercayai dan dengan kekuatan inilah kami berjaya membina Pakatan Harapan.

“Inilah mercu tanda yang kami bina sebagai cahaya harapan (Beacon of Hope) bagi rakyat dan negara, ujarnya.

Jelasnya, Pakatan Harapan berusaha untuk memudahkan rakyat untuk membuat pilihan sama ada memilih Pakatan Harapan atau BN.

“Ramai yang bertanya adakah Mahathir boleh dipercayai untuk memimpin Pakatan Harapan kerana beliau memiliki rekod berdekad terhadap musuh politik beliau sepanjang 22 tahun di singgahsana kuasa?

“Amanah bukan sebuah mahkamah yang akan berperanan menghukum segala kesalahan dan jenayah perilaku manusia.

“Amanah adalah sebuah parti politik bernuansa Islam yang menawarkan sentuhan rahmat dan kasih sayang kepada sesiapa jua yang bersedia menyantuni setiap manusia dengan dakapan lembahyung Rahmatallillalamin,” katanya.

Tambahnya, menghukum manusia sekaligus berhias diri dengan dendam kesumat, biarlah menjadi ajaran terlarang dalam Amanah khususnya di kalangan pimpinan utamanya.

“Mahathir adalah manusia biasa yang juga ahli politik sepertimana yang lain. Beliau ada sejarah masa silam yang panjang yang sebahagian menyebutnya sebagai “baggage”.

“Di antara kita bebas membaca masa lampau beliau dan membuat keputusan sama ada bersetuju atau tidak dengan sikap serta pendirian politik terkini beliau khususnya terhadap urustadbir negara,” katanya.

Salahuddin berkata, tiada sesiapapun yang boleh merampas hak dan kebebasan ini daripada sesiapa.

“Kita bersama menentang Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak kerana kesalahan yang beliau lakukan sekarang kepada rakyat dan negara.

“Permusuhan di kalangan rakyat termasuk dengan Tun Mahathir hanya akan menjadikan Najib semakin bermaharajalela di tampuk kuasa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here